Friday, October 8, 2010

Labaikallah..........Mecca..here we come...

Setiap Muslim yg beriman walaupun sedikit (termasuklah KM) pasti terniat di hati nak mengerjakan Rukun Islam ke-5, mengerjakan Haji sekiranya berkemampuan. Kalau yg mampu better buat segera semasa muda ni sementara fizikal & mental masih kuat. Kalau yg belum tu mesti ada usaha ke arah itu.

Insyaallah, mulai esok jemaah haji Malaysia akan mula berangkat ke sana. Tak silap KM, penerbangan pertama dari KL akan berangkat esok. Untuk tahun ni, ayahanda KM telah berjaya mendapat tempat untuk mengerjakan rukun Islam tu. Beliau akan berangkat ke sana pada 18 Oktober ni. Harapan KM semoga beliau selamat mengerjakan ibadah tu dengan sesempurnanya.

Mungkin agak terkilan sedikit kerana mak KM tak berkesempatan untuk turut serta atas masalah kesihatan. Mungkin takdir Allah belum mengizinkan beliau pergi tapi kami berharap akan datang beliau pun akan pergi juga menunaikan hasrat & keinginan itu.

* Kepada semua jemaah haji diucapkan selamat menunaikan haji dengan penuh kesempurnaan. Hayati pengertian haji sebaiknya. Jangan pas balik haji pun masih kuat dok melawan Islam.......


3 comments:

shahrilhakime said...

kalo le kite dpat pegi mase tengah mude2 ni lagi bagoih kan KM....bukan ape...mudah sikit nak bergerak..... naseb abek awok ade buat potongan gaji kat tabung hajiii....tapi nak dapt turn die le pulakkk....

cu734ngel said...

ya Allah, bertuah ayah KM..alhamdulillah...doakan i diberi peluang untuk mengerjakan haji next year around..amin...teringin sangat nak jejak kaki di sana...tapi rezeki belum sampai..

KM said...

D08-itulah yg sebaiknya....

cu734ngel- insyaallah niat yg baik kita minta diperkenankan segera oleh Allah. Amin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin