Secara keseluruhannya, BN masih mengekalkan majoriti 2/3 di DUN Sarawak melalui keputusan pilihanraya yang berlangsung hari ini. BN menang di 55 kerusi berbanding 63 kerusi yang dikuasai pada tahun 2006. Ini menyaksikan BN kehilangan 8 kerusi yang sebelum ini dikuasai mereka.
Dengan status Sarawak sebagai deposit selamat BN serta penguasaan di sepanjang kempen dengan pelbagai janji jutaan ringgit punya projek, prestasi sebegini nampaknya tidaklah boleh dibanggakan sangat unuk kerajaan BN menghadapi PRU ke-13 nanti.
Keputusan hari ini menyaksikan DAP akan menjadi pembangkang utama di DUN Sarawak dengan 12 kerusi manakala PKR dengan 3 kerusi & 1 kerusi dimenangi calon bebas. Kepada PAS yang gagal di 5 kerusi yang ditandingi, diharap tidak berputus asa & akan terus berjuang untuk terus memenangi hati rakyat Sarawak di masa depan.
* Dengan keputusan sebegini, KM tak rasa PM Najib berani membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini.......
No comments:
Post a Comment