Wednesday, April 20, 2011

Selangkah menjadi seorang tuan rumah...............

Selepas sebulan mengiklankan umah, minggu lepas barulah bertalu-talu call yang masuk nak sewa umah Cikgu Watie. Rezeki..rezeki....Semalam dah konpom budak pompuan UiTM nak sewakan. Diorang dah kompom nak bayar deposit sebahagian ujung bulan ni & sebahagian lagi bila nak masuk ujung bulan depan. Permintaan orang lain terpaksa kami tolak sebab dah berjanji dgn diorang ni.

Kami letak sewa RM800 & bleh nego kalau mahu tp bebudak ni tengok je rumah terus setuju & takde nego2 lagi. Mungkin apa yg kami offer lebih berbaloi berbanding RM750 dengan unit yang diorang sewa sekarang. Anyway ni first time kami nak jd tuan rumah & ini akan jadi motivasi untuk KM memiliki lebih banyak rumah hehehe.....Insyaallah.


Dengan sewa 8ratus, secara kasarnya setelah ditolak installment bank & maintanance fee, untung passive-nya lebih kurang 2ratus. Jadi berbaloila kami beli umah ni dengan keputusan nak membelinya kami buat tak sampai 2 atau 3hari.


So next step kita gerak ke misi seterusnya mencari landed property jika ada rezeki. Harga landed property kat pulau memang tak mampula & kat seberang pun boleh tahan gak harga dia. So kena start survey kalau2 bleh terjumpa kawasan yang boleh offer harga yang berani tok kami beli.


So korang tolong doa2la bagi kami mampu beli sebijik landed property yang sesuai hehehe.........Kepada Abg Elvis yang turut nak nak jadi tuan rumah, selamat berjaya!!!

2 comments:

Ayuraza said...

wahhhhhhh..
masyukkk kan..senang duk state ni..cer kalo duk lembah kelang..uymah flat pun ratus ribu...adoiii..
tapi invest lam properties ni memang untung habessss...^^

suker la mem..hehe

KM said...

Ayuraza- ko bila gi nak follow ayu???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin