Bunyinya macam menarik & kalau ini benar2 terjadi amatlah bagus buat pelaburan atas rumah yang KM duduk sekarang hehehe..........
Berita yang Pulau Pinang bakal mendapat lagi 1 perhubungan antara pulau & tanah besar ini bertiup selepas termeterinya MOU antara kerajaan Pulau Pinang dgn BUCG (company yang buat Stadium Olimpik Sarang Burung Beijing tu) kelmarin semasa lawatan Perdana Menteri CHina, Wen Jiabao ke Malaysia.
MOU tu berkaitan usaha untuk mengatasi kesesakan yang berlaku di Pulau Pinang khususnya dalam pulau. Tapi semuanya bergantung pada kesesuaian kajian yang dibuat nanti.
Terowong dalam air itu dicadangkan menghubungkan Gurney Drive & Bagan Ajam di Seberang Perai sejauh lebih 6.5KM.
* Lagi banyak link antara pulau dan tanah besar, lagila senang KM nak berulang alik keja hehehe......Lagi pun rumah KM ngan Bagan Ajam tu around 3-4km je...baguih tok peningkatan nilai hartanah tu...........
No comments:
Post a Comment