Last Thursday, KM sesaja tulis cadangan nak beraya kat zoo. Datang friday, KM hilang entah ke mana. KM sebenarnya hampir2 beraya di hospital. Sebenar bukan KM ditimpa malang atau kemalangan atau dipanah petir (seperti diwar2 oleh sesetengah pihak tak bert/jawab).
KM terpaksa cuti terkejut ari jumaat tu sebab Budak Kacak a.k.a Nur Batrisya termasukkan sesuatu ke dlm hidungnya ketika bermain bersendirian. Aksi tu berlaku malam Jumaat yg sungguh keliwon ketika KM telah pun tido awal kerana kurang sihat. Belum pun KM sempat bermimpi terawih di Makkah tiba-tiba kedengaran kecoh2 di luar antara Mem n Budak Kacak.
Budak Kacak cakap kt Mem "umi, benda ni dah masuk dalam hidung baby" sambil dia tunjukkan manik dari gelang permainan kanak2. Gambonya nanti KM uploadkan. Bila tgk saiz n hidung dia, kami sudah gabra. Tapi bila ingat keperluan sabar ni maka KM pun sabo je la, mungkin ujian ni. Nak marah panjang2 pun dah tak guna.
Start keta, bawak dia gi HSJ sebab kalau KM proses sendiri kang benda tu bergerak ke arah lain kan susah plak. Lagi pun Budak Kacak selamba je & dia tak menangis pun. Bhg kecemasan HSJ suluh hidup dia n nampak benda tu tp diorang tak berani nak kuarkan sebab takde specialist waktu tu n bimbang bleh mengakitkan budak. Maka, diorang tulis surat refer ke klinik ENT, HBM.
So, pepagi2 Jumaat, kami dah bergerak ke HBM utk follow-up check-up. Sepanjang malam, Budak Kacak tido cam biasa ja n takde masalah pa. Bila HBM buat check-up n dapati benda tu dah takda. Mereka bimbang benda tu masuk ke paru-paru n kalau berlaku mereka terpaksa sedut kuar. Berkemungkinan besar, benda tu dah masuk ke kerongkong semasa dia tido n dia dah telan benda tu.
Lega hati KM bila doktor cakap macam tu. Kalau yg berlaku bukan2, kan susah hati KM. Apatah lagi tu je sorang anak yg KM ada masa ni. Sepupu KM ketika bebudak pernah koma beberapa hari sebab ketika makan kacang, dia tersedak n baki kacang yg dikunyah tersangkut di rongga sinusnya. Minta Allah jauhkan musibah2 camtu terutama nak menjelang Hari raya ni.