Tuesday, September 16, 2008

Harga minyak dunia turun, Malaysia bila lagi nak turun?

Harga minyak mentah dunia ketika ditutup pagi tadi berada di paras US$94 setong. Secara purata, harga minyak mentah sejak minggu lepas berada di bawah paras US$100 setang. OPEC menjangkakan kejatuhan harga ekoran lebihan pengeluaran di pasaran dunia & negara pengeluar bersedia mengurangkan pengeluaran hampir 500,000 tong sehari.

Sebagai pengguna yang terbeban sejak kenaikan mendadak harga emas hitam itu amatlah berharap kerajaan menimbang agar harga bahan bakar itu diturunkan lagi menjelang Hari Raya ni. Kita mahu kerajaan mengotakan janji sebelum ni yang akan menurunkan lagi harga minyak di harga di pasaran antarabangsa menurun.

Kurang dari dua minggu lagi, umat Islam khususnya di Malaysia akan beraya. Ramai antara kita akan balik kampung atau bersiar2. Wajar harga minyak diturunkan untuk sekurang2nya sebagai hadiah Hari Raya & juga mengurangkan stress semasa sambutan tersebut memandangkan tahun ni semua harga bahan naik. Juadah berbuka naik, kuih raya naik, baju raya pun naik & insyaallah bebudak2 pun akan demand kenaikan nilai pemberian duit raya.

So kepada pemimpin yang diberi amanah, tolongla fikir & kalau bleh turun 20sen @ 30sen pun jadilah. Fikirkan tentang harga minyak sebelum anda diturunkan hehehe.....lupa plak hari dah 16 September, hari Tanah Melayu & Borneo serta Singapura bergabung membentuk Malaysia.
*Perhatian: Gambar di atas bukanlah KM. Kepada sesapa yg berhajat nak berjumpa KM, insyaallah KM akan memanggil rumah terbuka di Aidilfitri ni tapi juadah bawak sendiri, bleh? hehehe....

14 comments:

Anonymous said...

eleh tu la KM sebenarnya
kita kan kawan lama

.::WaNiE::. said...

km, demi nak jumpe km punye pasal..pot luck pun pot luck lar..hahaha

itular bila nak naikkan senang2 jek..bila nak turunkan bukan main lagi..geram sungguh nak balik raya ni jauh ni..hieeee...nih bila nak tukar kerajaan nih..murah sket minyak

KM said...

Anonymous- Ko ni kawan lama KM yang mana satu? Nama pun takdak?

Wanie- Kalau buat pot luck, Wanie bawak sekor lembu barbeque ek? keh..keh. Ko peminat KM yg no. berapa?
Saya kesian orang jauh2 yg nak balik raya. Kalau balik naik bas sure raya tak best punya. Takkan nak tumpang2 naik keta org masa kt kampung nanti kan? Lainla kalau bapak kita bela byk kuda hehehe...

nani said...

KM, duit raya utk kita jgn lupa gak erk..hahahaha...... larikkkkkkkk.....

ita.itu said...

eleh x nak mengaku konon tu dia..ngaku je la km...malaysia lain yg naik..x turun2 juga..haha

Kebencian_Maharaja said...

Nani- duit raya? berapa ko nak?

Ita- kalau aku ngaku napa? ko nak meminang ke?

.::WaNiE::. said...

km,
bwk karipap panas jek...kekeke..tular balik KT nih km..den peminat fanatik..:D tak best tumpang org ataupun naik bas..sbb byk nak singgah, sblum pi KT nak singgah kuantan rumah kakak dulu..nk jenjalan visit terengganu pun terbantut nanti

Mak Su said...

nak raya ni... kasiii turun ler skit kawannn

KM said...

wanie- karipap mana sesuai makan waktu raya...ingat nak picnic ke makan karipap? Pendapat ko ttg kereta & jln2 semasa raya tu, KM sokong.

Maksu- yela, turun 20 @30sen pun jadila...

nani said...

KM, saya nak rumah banglo sejibik..kahkahkah..sila tunaikan KM....hahaha........larikkkkkkkk.....

cHeRyNa PiReS said...

laaaaaaaaaaaaa...ingatkan KM tadik!
baru nak cakap,"eh..hensemnye KM."
hahhahaa...

* KM...tgk game menang tak last week?

mim.ya.ra.alif said...

semlm tgu kerajaan baru dibentuk
tp xde pon
kalo dh terbentuk maybe harga minyak turun kot.. bkn ke tu janji dia dlu kn?

hehehhe

shafarina said...

Baru tulis emel pada group 2 hari lepas isu ni.

Hari tu masa naikkan janji lain, setiap 15 hari nak review la ape la.
Bila dah turun serendah USD97, mungkin rendah lagi, buat2 tak paham lak.

Orang nak raya.
Tiket bas semua naik.
Susu selang 2 minggu naik singgit.

Benci!

Kebencian_Maharaja said...

Nani- ko ingat KM ni jin cerita Aladdin ke?

Cheryna-Ko perli KM ye? Surela tgk tp KM tak sure The Red's boleh jd contender utk title musim ni sbb team lain modal lg besar.

MIra-amat sukar nak dibentuk kalau semua org dikawal sepenuhnya. Maybe Anwar pun boleh masuk 'dalam' tak lama lagi.

Shafarina- Dah nama pun kerajaan Barang Naik....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin