Monday, September 15, 2008

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menyentuh isteri, padah jawabnya......

Pejam celik pejam celik dah 15 hari kita berpuasa. Bagi tak tak reti2 nak berpuasa maka sedar2kanlah diri. Kita bimbang takut anda tak sempat lagi nak berpuasa tahun hadapan. Bukan minta korang mati cepat tapi supaya korang sedar bahawa ajal pun boleh bertangguh2. Jika takdirnya datang, tak leh kurang atau cepat walaupun sesaat.

Bercakap pasal puasa ni, ada kawan bertanya. "Camna kalau aku ter..ter&^%&* isteri aku di siang hari bulan puasa? Waktu tu aku puasa". Masalahnya kawan kita ialah dia baru berkawen beberapa minggu sebelum bulan puasa aritu. Berkawen sebelum bulan posa tak salah. Tapi tak reti mengawal diri di bulan puasa itu yang salah. Bila berlaku tragedi seperti itu di bulan puasa maka dia menanggung beban wajib mengqada & wajib membayar kifarah atas kesalahan tu.

Mengqada mungkin tak menjadi masalah tetapi kifarah tu berat tu nak melakukannya. Keutamaan kifarah puasa itu bermula dengan memerdekakan seorang hamba. Zaman sekarang mungkin dah takde hamba maka jatuh pada keutamaan kedua iaitu, kena berpuasa dua bulan berturut2 (makna kata takleh skip2, bleh ke?). Jika tidak mampu juga kena beri makan 60 orang fakir miskin. Camna? sanggup ke nak bayar kifarah ni? Tapi berani buat, berani tanggungla. Kalau tidak sendiri2 fahamla.

* Pesan KM pada semua suami-isteri khususnya yang baru kawen, banyakkan bersabar di bulan puasa ni. Tunggula sampai waktu berbuka puasa dulu.

16 comments:

Kakmim said...

sbb tu kalo nk kawen kena plan betol2 kn tarikhnya..

blog KM ni salu jer ada pop-up
bahye nih...

Anonymous said...

sedap woo kalau sebulan btl2 posa then pas raya terus main
macam kebas2 pun ada

Anonymous said...

bagus woooooooo blog KM ni......byk info..teruskan yer..kekekeke...

Anonymous said...

mira- KM tau ko nak kawen ujung tahun kan...hehehe pandai ko ye...

anonymous- napa ko tak sebut nama ko? Takut ekk?

Nani- Kalau Km terus, ko nak sponsor ke?

kakpiah said...

sib baik akak naik speed boat.. ader gear gostan.. muahahaha..

risanur said...

keimanan dan kesabaran amat penting dlm bulan pose ni...nampak sangatla kesabaran pengantin baru ini teruji...kalu dia sanggup nak bayar takpe...kalu risa tak sanggup...

ita.itu said...

aah aku mmg tgu lps buka..kah.kah.kah

Anonymous said...

K.piah- ingatkan keta je bleh gohead gostan, rupanya bot kpiah pun bleh gitu ye? ish..ish..

Risa-KM ikut Risa...jd org bersabar...

Ita- ko memang...buruk lantak....keh2..

Sofira said...

kena le cari plak rumah kebajikan anak2 yatim dan org miskin utk byr kifarah/denda tu.

.::WaNiE::. said...

alahaiii..bukan suh pose setahun..berapa jam jek pun xleh tunggu ke:P

adooiiyaii :D

Anonymous said...

aidura- penah cari ke? hehehe

wanie- dah kena kejutan elektrik, nak buat camna hehehe

cheryna zamrinor said...

***blushing***

tak reti nak komen sbb belum kawen agik!

Neeza Shahril said...

kalau berbuka dulu boleh ke? ke tak boleh jugak? tapi akak tanya ni bukanlah akak nak buat tauuuu.. tak kuasa eden nak mengganti puasaaaa.. hehee..

Anonymous said...

Cheryna- tak komen pun takpe, janji ambil pengetahuan je utk persediaan masa depan.

K.neeza- hehehe...saya tak kata apa pun pasal pertanyaan akak ni. Cuma kalau membatalkan posa seblm tu bolehla tp berdosa gak sebab membatalkan ngan sengaja.

Sofira said...

haippp! tak baik tau dok buruk sangka dgn org lain.

memang kita dok cari pun pusat2 kebajikan camtu utk tujuan sedekah/amal jariah. biasanya, transfer online. mudah & cepat.

incl. surau2, masjid2, madrasah2, sek2 tahfiz etc. tak rugi melabur saham utk hari akhirat. biar nilai RM nya taklah sebyk mana. yg penting, utk mendpt keredhaan Allah swt di dunia dan juga di akhirat sana, insya-Allah.

Anonymous said...

Aidura- betul tu, saya sokong hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin