Tuesday, September 23, 2008

Minyak, Maut & Pay Day

Semalam di pasaran hadapan New York, harga minya mencatat kenaikan tertinggi dlm tempoh sehari dengan kenaikan hampir US$25 setong. Harga minyak melonjak sehingga paras US$130 sebelum menurun kembali ke paras US$120 setong. Perkembangan ini dijangka berlaku ekoran proses bailout kerajaan US terhadap firma2 yg bermasalah. So harapan pengguna seperti KM untuk menikmati sedikit penurunan harga minyak menjelang hari raya ni mungkin takkan kesampaian. Kecualilah kerajaan BN bermurah hati menjelang hari raya ni.

Beberapa hari dalam minggu2 akhir Ramadhan ni anda perasan atau tidak (pada pengamatan KM, setiap tahun begitu), ramai orang kembali menemui Tuhannya. Kemarin saja aku diberitakan 2 orang yg mempunyai pertalian saudara meninggal. Ahad lepas, jiran Km meninggal. Sesungguhnya hayat mereka telah ditetapkan setakat tu ja. Mereka tak sempat bertemu ngan Aidilfitri kali ni & takkan bertemu lagi ngan Ramadhan tahun depan. Kita yang masih hidup ni bagaimana ye?

Hari ni, 23rd adalah pay day bagi k/tangan kerajaan dan sesetgh firma swasta. Mungkin mulai arini, ramai akan akan mula atau menyambung semula aktiviti shopping hari raya. Dapat awal, abiskan awal, impaknya lu jawapla sendiri hehehe.... Kepada akak2 kita yg kaki shopping, bershoppingla ngan jayanya. Anggapla gaji suami anda, gaji mu jua hehehe.....

16 comments:

shafarina said...

Selamat berbelanja secara berhemah.

Unknown said...

nasihat yg bagus kepada isteri2..
habistu yg tak kwen lagi ni ape cer?

nk anggap duit sape sbg duit sendiri? ;p

dakgilachoc said...

pinjam duit KM la nak shopping..boleh gitu...hikss...

KM said...

Shafarina- raya kat mana tahun ni?

Su- yg belum kawen kena la cpt2 kawen....KM ada kouta lagi, nak isi ke? hehehe...

Nani- pinjam bleh tp pinjam 100 bayar 200, bleh?

Ungku Nor said...

errkk..lupa nak soping laaa!!!

betul la KM, akak tahun ni cuba sedaya upaya untuk meng-recycle benda2 yang tak berapa penting.
kuih pun tak buat, beli yang kerepek2 je. dah itu je yg laku. buat kuih tapi tak bermakan, membazir je nanti.

start dari tahun lepas, takde langsir baru. sebab sebelum tu mmg dah tetiap tahun tukor langsir, langsir ada 4-5 set suma elok2 lagi.
baju raya akak & anak dara akak pun tak beli dah tahun ni. cuma beli baju melayu untuk anak2 je. beli pun sebab yang tahun lepas dah jadik pesen sarung nangka ;p
baju tisert kalo beli pun setakat selai dua je la kot.
abih, dah taim tak raya pun ada je beli baju baru dgn alasan yang sama dgn baju melayu tahun lepas..;p

Selamat bersoping KM!!!

risanur said...

risa dah dpt gaji gak tapi hubby lum gaji...tak best ar shopping pakai duit sendiri :(

Anonymous said...

jiran sebelah rumah ke yg mentinggal

KM said...

Ungku Nor- Lupa shopping takpe, jgn lupa ingatan hehehe...Yela tahun semua org hadapi saat2 sukar sikit, pandai2la nak raya ye. Kesian gak kalau yg susah2 tu. KM sendiri pun belum beli papa lagi kecuali tuk wife n daughter.

Risa- Pandai ye ko risa. Ko pun ikut petua KM ekk?

Anonymous- Jiran sebelah sihat alhamdulah. Yg meninggal jiran di kampg

.::WaNiE::. said...

huhuhu takut sangat aku bile lalu depan bank..risau duit aku kuar ..hahaha

KM said...

Wanie- Pasni kalau lalu kat bank, ko jangan lalu ikut depan tp lalu ikut belakang bank hehehe

cheryna zamrinor said...

tak terpk pon nak shopping sbb gaji tetap 25hb and takde ape2 yg extra...lupekan saje.....hidup diteruskan seperti biase:(

kakpiah said...

saya suci..soping guna duit sendri...sila perchaya yerk..

Neeza Shahril said...

amboi sedapnya.. gaji suami anda gajimu jua.. pas tu kalau habis kering kontang, maka kering kontang la poket ku.. nak makan kentang pun takleh.. huhuuuu!!!

KM said...

cheryna- sabo..sabo..sabo tu sebhg dr keimanan...

adik piah- hehehe...KM selalu percaya aktiviti paranormal ni

k.neeza- kalau kering kontang kena minum air zamzam la jawapnya. Bila flight nak balik Msia?

ita.itu said...

yg ayat last skali aku paling sokong..bagus2

KM said...

Ita- Sokongan ko takleh harap sbb jenis sokong membawa rebah, takpun terus tersungkur...hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin