Monday, September 22, 2008

KM hampir beraya di hospital......

Last Thursday, KM sesaja tulis cadangan nak beraya kat zoo. Datang friday, KM hilang entah ke mana. KM sebenarnya hampir2 beraya di hospital. Sebenar bukan KM ditimpa malang atau kemalangan atau dipanah petir (seperti diwar2 oleh sesetengah pihak tak bert/jawab).

KM terpaksa cuti terkejut ari jumaat tu sebab Budak Kacak a.k.a Nur Batrisya termasukkan sesuatu ke dlm hidungnya ketika bermain bersendirian. Aksi tu berlaku malam Jumaat yg sungguh keliwon ketika KM telah pun tido awal kerana kurang sihat. Belum pun KM sempat bermimpi terawih di Makkah tiba-tiba kedengaran kecoh2 di luar antara Mem n Budak Kacak.

Budak Kacak cakap kt Mem "umi, benda ni dah masuk dalam hidung baby" sambil dia tunjukkan manik dari gelang permainan kanak2. Gambonya nanti KM uploadkan. Bila tgk saiz n hidung dia, kami sudah gabra. Tapi bila ingat keperluan sabar ni maka KM pun sabo je la, mungkin ujian ni. Nak marah panjang2 pun dah tak guna.

Start keta, bawak dia gi HSJ sebab kalau KM proses sendiri kang benda tu bergerak ke arah lain kan susah plak. Lagi pun Budak Kacak selamba je & dia tak menangis pun. Bhg kecemasan HSJ suluh hidup dia n nampak benda tu tp diorang tak berani nak kuarkan sebab takde specialist waktu tu n bimbang bleh mengakitkan budak. Maka, diorang tulis surat refer ke klinik ENT, HBM.

So, pepagi2 Jumaat, kami dah bergerak ke HBM utk follow-up check-up. Sepanjang malam, Budak Kacak tido cam biasa ja n takde masalah pa. Bila HBM buat check-up n dapati benda tu dah takda. Mereka bimbang benda tu masuk ke paru-paru n kalau berlaku mereka terpaksa sedut kuar. Berkemungkinan besar, benda tu dah masuk ke kerongkong semasa dia tido n dia dah telan benda tu.

Lega hati KM bila doktor cakap macam tu. Kalau yg berlaku bukan2, kan susah hati KM. Apatah lagi tu je sorang anak yg KM ada masa ni. Sepupu KM ketika bebudak pernah koma beberapa hari sebab ketika makan kacang, dia tersedak n baki kacang yg dikunyah tersangkut di rongga sinusnya. Minta Allah jauhkan musibah2 camtu terutama nak menjelang Hari raya ni.

21 comments:

dakgilachoc a.k.a nani said...

KM, kena panah petir ke? hiksssssss..soryy terrrr wat lawak lak..hope KM sihat2 je daa..

Aidura Sofiee said...

masya-Allah, apa dah jadi... km?

cHeRyNa PiReS said...

ape jadi KM?
kena makan ngan rimau ke?
lame tak nampak...

ita.itu said...

kah.kah.kah..jahat ko nani..haha..pdn muka ko kena laser km..tu la kan nani..x syg mulut kan..sure kena ulser mulut dia..haha

dakgilachoc a.k.a nani said...

k.ita, tulahkan kak, hari tu kata kita kena panah petir..ha..mna tau sekali KM yg kena..hiksss..ya ampon..larikkkkkkkkkkkk...

.::WaNiE::. said...

km kene gigit buaya..xpun kene kejar kangaroo..hahaha

tipahvogue said...

wah..nih yg berdebar2 nih!!!

Anonymous said...

aku rasa mem dia humban dia terjun flat

Kebencian_Maharaja said...

Nani- mulut ko...aku sumpit kang budak baru tau.

aidura- baca sambungan e3 KM hehehe..

Cheryna- KM yang suka makan rimau hehehe...(biskut tiger)

ita-ulser mulut takpe, jgn buasir hehehe...

wanie- binatang takut kt KM la sbb KM ada ilmu tarzan hehe...

Cik Tipah- Biasa jo...bebudak punya hal kekedg org tua yg susah hati...

anonymous- sesuka je ko tuduh ye? Ko sapa?

dakgilachoc a.k.a nani said...

ya ampon KM.......hahahaha........kahkahkah.....takleh tahan nak gelak ni.......

ita.itu said...

yaampun....camne leh lagi tu...tu la mesti mak pak dia wat tut lam bilik tuh..tuh yg anak kat luar masuk kan benda kat idung..haha

Kebencian_Maharaja said...

nani- apasal ko gelak ha?

Ita- mana da buat tut. Ko ni, dlm otak keja teringat tut ja yo?

risanur said...

tak sabar nak tunggu apa cetanye dr KM...take care..

Kebencian_Maharaja said...

Risa- kan Km dah critakan kt situ

mim.ya.ra.alif said...

isk..bahye..
sib baik x apa2

mebby said...

Patutlah KM ilang on Friday ader Tragedi Ropanyer

kuInaJentayutiara said...

betui tu... malang tak berbau tp mencegah lebih baik drpd mengubati... hehehe

KM said...

Mira- Alhamdulilah....

Mebby- Tragedi buah epal hehhehe..

Kuina- perpatah Karam Singh Walia ekk?

.::WaNiE::. said...

isk

aku rasa2 aku kene tiroid nih tapi xnak pi cek kat klinik .. uwaa

Neeza Shahril said...

anak akak yang sulung pernah kena gitu masa dia umur 2 tahun. Memang tak sangka langsung. Asalnya dia muntah2.. ingatkan demam ke.. bila jumpa paederician, dia check hidung (terer la doctor tu). Then dia nampak ada benda bulat dalam hidung. Chewing gum kecik yg bulat tu.. tak tahu dari mana lah dia dapat benda tu.. may be kat nursery.. agaknya laa.. siap kena masuk OT untuk buang benda tu.. melalak la sekejap dia..

Kebencian_Maharaja said...

wanie- baikla ko pi check.lama2 nanti ko biar nanti ko jd Hulk plak

K.neeza- budak2 ginilah sementara hendak besar....macam2 masalah ngan depa ni tp kita sbg org tua kena bersabarla...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin