Anda perasan atau tidak sejak kebelakangan ni, jumlah jenayah kejam di negara ini makin meningkat. Jenayah bunuh, rompak bersenjata, rogol hampir hari2 berlaku di negara iini. Anda tahu kenapa?
Allah s.w.t telah memberi amaran kepada manusia sejak dahulu lagi. Apabila manusia angkuh menolak, mempermain atau berdolak-dalik untuk melaksanakan hukum2 atau peraturan yg Allah tetapkan dalam Quran, maka ketika itu Allah akan mencabut sedikit demi sedikit ketakutan dalam diri manusia dari melakukan kejahatan/kemungkaran. Hasilnya apa yg kita boleh lihat hari ni.
Kepada kekawan2 yg sebelum ni penah atau secara tidak berilmu pernah mengutuk/memerli hukum Allah seperti Hudud, Qisas, Taqzir dan seumapamanya, maka cepat2la bertaubat pada Allah sebab ayat yg menyebut hukum2 tersebut juga terdapat dalam Quran sama yang terdapatnya ayat mewajibkan kita berpuasa.
Kalau puasa kita leh terima napa hukum2 lain kita tolak? Adalah kita hendak menjadi golongan yg Allah laknat kerana terima sebahagian (yang sesuai ngan nafsu kita) & tolak sebahagian ayat Quran?
Fikir2 kanla sebab bala Allah turun dalam pelbagai bentuk. Antaranya ketidaktenteraman dlm masyarakat & negara, berlaku kekacauan, jenayah meningkat, rakyat dalam ketakutan, ekonomi merosot dan macam2 lagi....rajin2la berfikir.
* Indeks Dow Jones sudah 2 hari mengalami kejatuhan teruk antara 4-5% setiap hari. Bank pelaburan dunia, Lechmann Bro. dah bungkus, Merrill Lynch hampir2 juga nak muflis. AIG pun dalam proses penyelamatan. Bayangkan US yang mempunyai ekonomi paling hebat pun mengalami masalah sebesar ini. Masalah ini akan memberi impaknya besar keseluruhan ekonomi dunia.......so raya ni janganla terlalu seronok sangat.
12 comments:
tak semestinya kalo raya tak pakai baju baru liplap akan mengurangkan kemeriahan raya kan KM?
bersyukur dgn apa yang ada, amin.
Ya betul...Baju raya sekadar perhiasan tp ketenangan hati akan menceriakan kemeriahan raya kita.
hmm..betul2..
smkn hari smkn berani org nk buat jahat..
harga diri n nyawa manusia ni jadi terlalu murah..nk kiamat dah kita ni kan? planet nibiru pon dh nk hempas bumi ni..takuttssss..
sian ek bdk tuh..dah la comel..jahat la org skrg..eh x meriah la raya kalo x de baju baru..hehe
Hmmm insaf jap baca..betul, setuju, raya tu sekadar kemenangan sbb mampu berpuasa sebulan.. masa bulan puasa kita duk berlapar berjimat so nape time raya nak membazirkan kan.. sambutlah sekadar ada...kesian tgk org yg kurang mampu tu.. lagi sedih raya dorang kan KM..
Suw- Harga diri & nyawa manusia menjadi terlalu murah & hina sbb manusia sendiri menolak undang2 yg dicipta Allah memelihara nyawa & harga diri manusia.
Gembira sbb masih ada manusia yg takut pd azab Allah tp bimbang juga sebb yang tak takut lagi ramai....
Ita- KM tahun ni nak raya kat zoo..hehehe..
Nani- ko ingat insap bleh sekejap2 ke? Ingat cam org sakit perut perut ekk?
sememangnya dunia sekrg dh akhir zaman..membunuh dah mcm trend lak skunk nih..huhuhuhu risaunyerr
ko ni KM...loyar buruk betullah..ko ni dlu2 cita2 nak jadik lawyer tp tak kesampaian erk? haha..larikkkkkkkkkkkk..
tq km
Mebby- Take care....
Nani-KM prefer jd doctor dari jadi lawyer. Tp takdir Allah penentu segalanya...
Maksu- same2...
kat sini mencuri potong tangan. Nak mencuri ke? berani laaa.. ada 1 kes, pancung kepala sebab orang tu merompak rumah orang dan menyebabkan orang tu trauma.. lama dah kes tu..
jangan terkejut kalau tengok banyak kereta suka2 hati parking kat tepi jalan dengan engine terpasang, tak berkunci dan tuan dia pergi entah mana-mana aje.. Insyaallah, takde sape nak ambik kete tu.. saksi ramai.. berani nak kena pancung atau potong tangan? memang diorang tak berani.
Kat malaysia, akak takut sangat.. sampai kan duduk dalam rumah sendiri pun rasa tak selamat...
K.neeza- Org Msia ramai yg tolak Hudud....
Post a Comment