Bila anda baca tajuk, anda mungkin membuat andaian bahawa ini bukan tahap kerugian tapi dah mencapai tahap MELINGKUP. Ini yang berlaku pada salah satu pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Rasa-rasa anda, pelaburan apa? penternakan itik serati? ejensi pembantu umah Indonesia?
Tekala kalau pandai hehehe.... atau anda juga langsung tak peduli? Anda mampu mengubahnya.....
Anda tentu ingat di zaman Mahathir dulu, kerajaan Malaysia ada melabur dalam syarikat CAMC. pengeluar pesawat ringan 4 seats yang berpangkalan di US (Malaysia kan selalu boleh!). Pelaburan tu dilakukan melalui syarikat CTRM yg dimiliki oleh Kementerian Kewangan & Petronas.
Pada hujung tahun kewangan tahun 2006, CAMC dianggar mengalami kerugian US$132.28juta (RM480.18juta) & September 2007, syarikat tu diisytiharkan bankrap oleh mahkamah Oregon. November 2007, Cessna membeli syarikat tu ngan harga US$16.50 juta (RM56.27juta).
Dari jumlah tersebut, mahkamah menetapkan Kementerian Kewangan mendapat faedah hanya sebanyak US$4.29juta (RM14.63juta) dan CTRM plak dapat US$3.04juta(RM10.37juta) sahaja. Semuanya hanya berjumlah RM25juta sedangkan sepanjang pemilikan syarikat tu, jumlah pelaburan yg dikeluarkan berjumlah RM537.04juta.
Laporan Audit Negara 2007, mendapati pelaburan ni gagal sebab bahagian pengurusan atasan belanja tak betul, lembaga pengarah syarikat gagal mengatasi masalah pengeluaran secara cekap & Kementerian Kewangan gagal monitor syarikat ni dengan baik (senang cakap, lepas tangan).
So, dah jelaskan kekawan. Semua tu sebahagian duit anda la yg diperolehi melalui cukai, duti, komisen dsbnya yg dikumpul kerajaan dr rakyat.
12 comments:
no idea la pasal projek pa ye??bole tak KM bgtau projek melingkup ini...
ok la tuh dpt 25juta..dr x dpt langsung..ko ni tamak kan..haha
errrr
abis duit kompeni aku byr tax tetiap bulan
Risa- Jap lagi KM bagitau sebb KM tengah tunggu lagi kot2 ada yg tahu pasal ni.
Ita- Ko nasib baik dok jauh ja dari KM. Kalau dekat, sure aku sumpit ko.
Wanie- Banyak dah duit rakyat abis sbb benda2 yg tak hapa2...
giler drg ni.. duit tax payor tu.. kene ada duit anak yatim kat situ.. mau kene curah timah panas kat telinga.. apa la nak jadi depa ni.. patut dah xda org miskin dalam negara ni...
This is not the 1st case bro.. byk lagi.. nak sbut pon xcukup satu page entry..
Hmm Ape ek?
Kapal selam?
Maybank - Bank Indonesia?
Projek babi selangor?
Shafarina- semua salah hehehe.... nanti saya kabo kan..
aku ada ngumpat ko kat blog aku..n3 br..haha..ampun km
dah jahanam ni... meniaga goreng pisang tepi jln pun bole untung ma...
harap2 16 sept ni bertukar la kita ye
kalau duit akak, memang akak nangis golek2 dah bila jadi gitu.. tapi disebab masa pelaburan tu dibuat, bukan duit dia tapi duit akak, duit KM dan duit duit mereka, jadi dia tak pedulilah.. dia dengan senang hati akan kata, adatlah melabur... caitt!!!
by the way, melabur apa tu ye? Duit EPF ke??
Ita- Dr ko ngumpat aku, baik ko belajar buat ketupat. Lagi pekdah.
Ku tak sempurna- Moga rakyat tidak terus ditindas. Sapa tindas, kita ubah.
K.Neeza- Malaysia ni kaya tp dpt pemimpin suka perabih duit, tula malangnya kita di sini.
cis cis cis
Post a Comment