Monday, September 8, 2008

Banjiro..banjiro..umah naik airo!!

Hujan lewat & tidak mau behenti sejak malam Sabtu berterusan hingga malam Ahad di sebelah utara Semananjung menyebabkan beberapa kawasan dan daerah mengalami banjir. Daerah Yan, kampung mertua KM pun banjir tp alhamdulilah kawasan umah mertua tak banjir atau dinaiki air. Kawasan-kawasan yg KM lawati tu agak teruk juga bila air sesetengahnya mencecah paras paha, air mengenangi kawasan sawah cam laut & beberapa ratus penduduk terpaksa dipindahkan. KM tak sempat nak snap memandangkan tak bawak balik camera. Di Penang terdapat kawasan berlaku tanah runtuh khususnya di bahagian pulau.
Difahamkan KM, pagi kelmarin dalam kekalutan banjir tu, seorang warga emas menjadi korban pertama, orang Kmpg Dulang Kechil. Camtula bila berlaku bencana ni. Nyawa & harta benda mesti terkorban punya. Selalunya bila banjir, barang2 umah seperti perabot, barangan elektrik dsbnya mesti rosak punya kena air.
Jabatan Meteorologi juga meramalkan hujan akan berterusan di utara Semenanjung dalam tempoh terdekat ini. KM kesianla bagi kena banjir ni sebab kurang 3 minggu lagi dah nak raya. Orang Kedah & Penang, tak silap KM dua musim raya yg lepas mereka kena banjir juga.

* KM tumpang sedih bagi yg kena musibah ni. Air kalau sedikit, dibancuh dibuat sirap, siok diminum. Tapi bila dah banyak, terukla nak mengharungi banjir yg tiba.....

12 comments:

ita.itu said...

alahai....sian ek..nak raya dah..aduh..susah hati aku..eh gmbr no 1 belah kiri tuh ko ek..ko jgn x ngaku..haha

EraNaZeErA.. said...

mmg sian kan.. tp sib baik kawasan umah mak kita Alor Setaq xkena.. kalu x nnti xleh nak raya...
yg plg kesian bby br lahir...

.::WaNiE::. said...

byk duit nak kene gune ek kalau banjir

Mira said...

kt swak pn hampir tiap2 ptg ujan..
nk kata dh monsun br bln 9
cuaca skrg dh x menentu dh kn?

kuInaJentayutiara said...

cian yer... mcm musibah bulan posa nie. Betui la bulan nie bulan DUGAAN...

smpt gak tgk kolam ketam kita kat kola tu... alhamdullilah ketam x smpat merangkak keluar.

Kebencian_Maharaja said...

Ita- ko yg yg itam2, rambut kerinting ko tuduh akula? Allah Taala tak tgk kulit or rambut kerinting ooo tp dia tgk katakwaan kita ooo. Baik ko minta maaf kt sesapa yg itam & rambut kerinting,

Eranazeera- Chek orang aloq Staq? Dok blah mana? kalau tak banjir, raya bleh pi umah ye..ye..ye? hehehe..

Wanie- KM paling tak suke kalau tilam kena air waktu banjir. Sejukkkk...

Mira- Byk sgt manusia buat kerosakan or kemaksiatan atas muka bumi Allah ni. That why macam2 bencana turun tak disangka2...

Kebencian_Maharaja said...

Kuina- kolam ketam sapa? bleh pi tangkap free ekk? keh..keh budak jahat suka makan ketam.
Bumi Malaysia dh byk maksiat sgt...so berhati2 la kita takut tragedi 26/12/04 berulang....

♥~ir@~♥ said...

kasian kan,,time puasa,,dekat² nak raya macam² musibah melanda,,

Carrotsusu said...

Cakap sal ujan di bln ramadan nih.. Pada minggu terakhir di bulan ramadan, akan ade 1 hari di mana hujan lebat sangat 1 malam tu... Ayah carrot kate dah beberapa tahun cam tu... Ade kemungkinankah.. Itu ca DIA basuh balik kekotoran kat dunia nih... Wallahua'lam...

Kebencian_Maharaja said...

ira- sesapa yg kena tahula siksanya banjir ni. Tp bebykla bersabarkan...

carrotsusu- semoga semua sedar akan kesilapan memasing...

Neeza Shahril said...

kesian kat orang2 yang kena banjir tu... semoga mereka sabar.. lagi2 dibulan puasa ni kan.. mulut tu cepat aje nak menyumpah seranah sebab perut lapar..

Kebencian_Maharaja said...

K.Neeza- yg banjir kena byk sabar ngan musibah yg melanda. Yg posa pun byk kena sabo, jgn mudah melenting & berbuka tu berpada2 la...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin