

* kalau berjaya berhenti, MEM cakap nak kasi presen Grand Livina, betui ke? kui..kui...kui tungguuuuuuuuuuuuuuuuu....
* kalau berjaya berhenti, MEM cakap nak kasi presen Grand Livina, betui ke? kui..kui...kui tungguuuuuuuuuuuuuuuuu....
Umat Islam mungkin akan terus menunggu akan kemunculan pejuang seperti Salahuddin Al-Ayubbi untuk sekali lagi membebaskan BaitulMaqdis dari cengkaman penjajah Yahudi. Sehingga entry ini ditulis, jet2 pejuang F16 Israel terus menggila membedil Gaza tanpa mengenal erti pri-kemanusiaan. Sementara, kereta2 kebal Israel sedang bersedia di sempadan untuk menceroboh Gaza sekali lagi. Bayangkan, berapa banyak lagi penduduk Palestin akan terus menjadi korban kedurjanaan Israel selepas ni?
Blog ini merakamkan sekali lagi simpati terhadap nasib rakyat Palestin serta mengecam kekejaman Israel & US terhadap umat Islam di Palestin & di seluruh dunia. Semoga Allah menurunkan bantuan & pertolongan kepada umat Islam dalam menghadapi musuh yg nyata ini........
* kepada yg berkesempatan kol 11 pagi ni dijangka diadakan perarakan Intifada membantah kekejaman Israel di hadapan pejabat Kedutaan US di Jalan Tun Razak.
Beberapa hari ni, kita bimbang apabila ada segelintir manusia yg mengaku Islam yg cuba memainkan sentimen Hukum Allah (Hudud) utk kelangsungan politik mereka yg makin lemah. KM memetik ucapan Menteri Besar Kelantan pd wartawan " Kalau kita leh terima hukum sembahyang, puasa, zakat & haji, kenapa hukum jenayah seperti hudud kita tolak? Sedangkan hukum2 tu dtg dari Al-Quran yg sama?"
Kepada yg takdak ilmu or cetek ilmu tu, jgn2 cuba berlagak2 pandai komen-mengomen or mengondem hukum2 seperti Hudud ni, bimbang2 akidah kita tergelincir....dan bimbang juga bala Allah Taala menghukum kita sekali lagi......
* KM senang ingat tragedi tsunami 26/12/2004 ni sebab 2 ari pas tsunami, Budak Kacak @ Nur Batrisya dilahirkan..... Tahun ni nak kek Batman plak...adoila....
dari Tera
dari DEE
dari Mebby
dari ERA
Pose sengal sebelum acara bermula
cari gula2 dlm tepung gomak hehehe...
diorg siap bleh berhenti & lepak2 sambil gigit kuku time acara anak cari ibu..org semua bantai gelak tahap Gaban hahaha...
last acara, jln sambil bawa pundi2 kacang.
Walaupun gagal dlm semua acara tp KM & Mem bawak dia join utk meningkatkan kemahiran interpersonal berhubung ngan org lain dlm masyarakat. Anyway, syabas betaji.....tahun depan kita join lain hehehe...
Yang ni bukan pengantin baru ye hehehe.....saja enteprem.....sebelum gi kenduri.....
Sehari kemudian, jalan raya plak makan korban. 10 orang rasa terkorban begitu sahaja bila bas yg dinaiki (mungkin laju sgt kot) terbabas. Seperti biasa, bila disiasat pasti akan timbul kes saman byk, pemandu ada waran tangkap dgn pelbagai kesalahan j/raya & seumpamanya. Kita tanya mereka balik, siapa yang kuat makan rasuah sampai pesalah2 dibiar begitu saja?
Bila ada satu dua tumpuan hangat dalam negara, banyak antara kita lupa permasalahan semasa. Bagaimana ngan kesihatan ekonomi kita & global? Pelan penyelamat baru idea pentadbiran Obama bleh pakai ke utk mengatasi kemelesetan ekonomi AS? Camna ngan harga minyak dunia? minggu lepas menjunam hampir bawah $40 setong. Kerajaan Malaysia mungkin setiap hari bleh tersenyum gembira ngan keuntungan lebih kurang RM20juta sehari ngan kejatuhan harga minyak dunia serta harga yg dijual pd rakyat RM1.90.
Bagaimana ngan anda plak? Ini mungkin masa sesuai utk revision perancangan kewangan tahun 2008 serta sasaran kewangan baru tahun 2009. Dengan andaian keuntungan/dividen/kadar faedah yg lebih rendah tahun dpn, mungkin ini masa sesuai untuk menilai semula perletakan pelaburan anda.
Mengambil strategi Warren Buffet, 'membeli ketika org menjual, menjual ketika orang membeli', mungkin ini masa yg sesuai utk anda meninjau kaunter2 saham yg sesuai utk dipegang. Tp mungkin boleh tunggu lagi sehingga kejatuhan ini benar2 di penghujungnya.
Kepada semua, selamat berkorban, selamat merancang kewangan untuk kalendar tahun hadapan, selamat mengharungi segala cabaran.
* kepada rakan2 yg mengomen entry2 KM semasa KM berkursus, Terima Kasih & Wannakem & akan KM balas tidak lama lagi.... KM lulus cemerlang hehehe......syabas betaji...Teknik CPR
Di Malaysia, pendedahan tentang kepentingan pertolongan cemas tidak menyeluruh. Sebab tu, bila berlaku kemalangan or kecemasan, ramai yg berhenti bkn nak menolong tp nak meyibuk je. Paling tidak pun, berenti nak tgk apa yg berlaku. So, kalau korang ada peluang, ambikla kesempatan yg ada utk belajar kaedah2 pertolongan cemas yg ada. Anda mampu mengubahnya......
* Kalau korang nak tgk keberkesanan teknik CPR yg KM belajar, korang pepurala collapse depan KM hahaha.......
Gambar suspek
KM yang kebetulan telah pun berada dlm bilik untuk melelapkan mata, tersenyum mendengar acara soal siasat tersebut dijalankan. Tetiba, lampu dinyalakan. KM plak dipaksa utk saol siasat. KM tersenyum2 je tp KM tak sorokkan pendrive tu hehehe......Takde motif KM nak sorokkan pendrive tu sedangkan pendrive tu & 1 lagi yg KM beri pada Mem, KM yang punya.