Thursday, April 21, 2011

Di sebalik cerita akaun e-mel 1Malaysia

Terbaru daripada kejaan 1Malaysia ialah akaun emel 1Malaysia yang diperkenalkan untuk menghubungkan jaringan perhubungan elektronik antara rakyat dengan kerajaan & ejensi dalam bidang2 yang berkaitan.


Nilai projek akaun emel 1Malaysia dianggarkan bernilai RM50 juta & kontrak ini dihadiahkan kepada Tricubes Berhad (Tcubes), sebuah syarikat senaraian awam di ACE Market, Bursa Malaysia yang berhadapan masalah kewangan dan telah disenarai dalam kategori GN3 (company bermasalah) & berhadapan tindakan dinyahsenaraian daripada Bursa.


Pemegang saham kedua terbesar Tcubes ialah sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh sayap pelaburan CIMB Bhd yang ketuanya ialah adik kepada M Najib.


Walaupun PM Najib menafikan pembabitan dana awam dalam projek tersebut tetapi ramai mempersoalkan adakah dana lain yang sanggup melabur dalam syarikat yang dilaporkan nazak & harga sahamnya seunit hanya 4sen beberapa hari sebelum projek ini diumumkan?


Adakah projek ini satu lagi bailout kerajaan utk menyelamatkan sebuah syarikat yang adik menteri ada kepentingannya???

3 comments:

shahrilhakime said...

awok dah agak dah ...daghi mule projek ni nak dibuat...musti ade sumtinggg...... ishhh... ishhh...ishhh... tak peghenah nye ikleh kalo nak buat koje tuuuu

Unknown said...

jeng jeng jeng...

KM said...

D08-hehehe....sejak dulu, kini & selamanya.....

suw-mari kita lihat sapa yg kena!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin