Friday, April 29, 2011

Mari mencari umah lagi............

2011 dah nak masuk bulan Mei tapi plan tahun ni masih belum menentu. Sebenarnya plan & keghairahan tu ada tok mencari property baru tapi masih ada beberapa kekangan yang perlu dihadapi & dibereskan. Memang motivasi KM tok cari umah baru tengah meluap2 sekarang. Cuma belum jumpa right time & right place.


Dengan prestasi value & rates sewa Casa Prima sekarang, KM memang bermotivasi bergerak lagi. Walaupun KM mungkin tak mampu nak kejar Abangensem yang ada 14 unit umah sewa tapi apa yang dibuat tu memang memotivasikan KM.


KM takde target papapun cuma bergantung pada kemampuan semasa & rezeki yang Allah nak bagi. Ada rezeki, ada le kan.....Kita manusia just berusaha & berdoa, kesudahannya dari DIA.


Yang penting, esok or lusa KM nak gi jumpa bakal penyewa tok ambik separuh deposit yang dijanjikan. Separuh lagi next month bila diorang nak masuk rumah. Sekarang pun masih ramai dok call nak sewa tapi KM cakap orang dah confirm booking.


* Banyak perkara yang perlu tengok dalam mencari umah untuk dibeli........antaranya lokasi. Kalau harga umah murah pun tapi lokasi tak menarik cam kat tempat jin bertendang maka pada KM, kansel je la.............



2 comments:

abang ensem said...

Jangan dikejar sangat bro. Insyaallah, kalau ada rezeki tak kemana. Amalkan ayat 1000 dinar, insyaallah rezeki akan muncul dari sumber yang tak dijangka.

KM said...

Abgensem- thanks bro atas nasihat yg baik....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin