Thursday, April 14, 2011

Pilihanraya Negeri Sarawak yang hangat......

Kurang 48 jam lagi rakyat Sarawak yang berdaftar sebagai pengundi akan berpeluang menentukan kerajaan baru yang dipilih untuk mentadbir mereka untuk 5 tahun yang akan datang. Sama ada kerajaan Taib Mahmud akan terus merajai Bumi Kenyalang atau akan ada kejutan, rakyat Sarawak berpeluang menentukannya.

Di atas kertas, Sarawak dilihat bukan sahaja deposit selamat BN di peringkat kebangsaan tapi juga menjadi kebiasaan BN tidak menghadapi masalah menubuhkan kerajaan negeri dgn majoriti besar. Sejak KM celik mengenal politik, selalunya bila akan pilihanraya negeri Sarawak ni, BN tidak ketinggalan untuk menang percuma di hari penamaan calon sebab parti lawan yang takde calon nak dipertandingkan.

Tapi senario itu berubah sama sekali tahun 2011 ini apabila semua kerusi dipertandingkan akan menyaksikan BN menghadapi sekurang2nya satu lawan satu. Itu petanda yang KM rasa kurang enak apabila tiada satu pun kerusi dimenangi BN secara percuma di hari penamaan calon. Malah kerusi yang ditandingi oleh adik Taib Mahmud hampir dimenangi calon PAS tapi SPR berjaya menyelamatkan keadaan dengan menolak bantahan dari PAS.

Dengan keangkuhan Taib Mahmud yang enggan melepaskan kuasa serta al-maklum umum akan kekayaan yang dimiliki dinastinya maka ia mungkin akan menjadi liabiliti BN menghadapi pilihanraya ini. PM Najib sudah memohon rayuan kepada rakyat Sarawak utk terus memberi mandat pemerintahan kepada BN.

Untuk mengimbangi segala kekurangan yang ada, beberapa isu yang bersifat peribadi antara pemimpin peringkat nasional mungkin akan terus dimainkan oleh media yang dikuasai BN. Terkini Raja Petra Kamaruddin sudah kuar dari persembunyiannya di London untuk mendapat liputan ekselusif. Tak mustahil menjelang esok, nama pelakon dalam klip porno yg diusahakan oleh Datuk T akan didedahkan kerana polis dah kenal pasti siapa lelaki itu. Dalam politik, everything can happen!!!

So, nantikan apa plak yg akan berlaku esok menjelang pengundian hari Sabtu ini. Kepada rakyat Sarawak, selamat mengundi. Undilah dengan bijak kerana undian anda menentukan pemerintah anda untuk 5 tahun yang akan datang.

* KM tak predict kejutan terlalu besar di Sarawak ini tapi manusia hanya berusaha, Allah jua yang menentukannya. Segalanya tak mustahil boleh berlaku!!!

1 comment:

Dee said...

ye..apa2 pun boleh terjadi..rakyat sila tentukan masa depan anda..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin