Thursday, September 25, 2008

Jom Menyusu Badan!!

Sepanjang minggu ni, antara topik hangat seluruh dunia ialah produk tenusu China yg tercemar ngan kandungan melamine. Korang tau apa tu Melamine? Melamine tu ialah sejenis bahan kimia yg digunakan dalam pembuatan racun & bahan plastik.

Dalam skandal penipuan produk tenusu ni, melamine digunakan untuk menipu kandungan protein dalam susu. Bila melamine digunakan, kandungan protein dalam susu secara relatifnya akan meningkat. Penggunaan melamine boleh memberi kesan keracunan susu & dilaporkan ada bayi di di China telah mati kerana kegagalan buah pinggang.
Sehingga hari, pengedar produk tenusu di Malaysia menafikan menggunakan hasil tenusu dari China. Kalau betul, bagusla. Namun begitu, laporan makmal Kementerian Kesihatan Malaysia semalam melaporkan senarai produk yang dipercayai tercemar ngan melamine (Rujuk link kat bawah). Antara produk tersebut mungkin yg anda atau anak anda selalu makan seperti coklat M&M & Snickers.


* Pesan KM pada ibu2, cubalah beri anda susu ibu pada anak anda. KM cakap CUBA sebab ramai antara ibu2 sekarang mempunyai banyak alasan untuk tidak menyusu badan sebab utama kebanyakan ibu sekarang bekerja. Kaum2 bapa diminta tidak menganggu semasa proses penyusuan!

14 comments:

dakgilachoc said...

eh bkn KM pun sama ke duk mengacau time ank KM menyusu? kahkahkah..

Mieza's Penny said...

hahaha...pesanan kat bapa2 tu yg pntg...takut anak menyusu dia pun sama gak...:p

Unknown said...

takle mkn m&m la lepasni huhuh

Ungku Nor said...

snickers???

adeiihhhss..
tinggal ferero rocher je la skang ni yg jadik idaman kalbu ;p

shafarina said...

Yogurt dengan gula2 arnab pun sama.

Dah le memang suka gula2 arnab tu!

KM said...

Nani- KM alergik susu hehehe...

Mieza- saya tukang tengk ja hehehe..

Suw- baru insap ekk?

Kak Nor- sesabola ye...byk gi coklat leh makan..

Shafarina- gula2 arnab? mungkin kalau tgk tahu kot yg mana satu

mebby a.k.a ezza said...

hahahah..pas ni pakat ramai ramai bg susu badan..aduss M&M ngn Snickers ni cokelat peberet lak tuhh..

risanur said...

semlm risa ada call MOH utk tanya produk2 lain yg masuk di M'sia..antaranya gula2 white rabbit...penah dengar tak??masa kecik risa minat la makan gula2 tu skrg ni rasa cam nak muntah lak bila tau kesannye...

ita.itu said...

aku kompem ko sebelah..anak ko sebelah kan..haha

KM said...

Mebby- pasni mebby beli byk2 coklat tu, kasi saya yg makan hehehe...

Risa- gula2 rabbit, km xbiasa makan tp gula2 udang tu dulu sukala makan...

Ita- Amboi ko punya andaian. Sesuka hati ko je ye. Aku menafikan tuduhan tu sekeras2nya...

.::WaNiE::. said...

apa km tak tau gule2 arnab..gula2 yg belang2 bleh mkn ngn plastik2 dia sekali tuh lar :P

kaum bapa di mintak jangan berebut susu ibu dengan anak yek

hUmmY said...

kaum ibu rajen nyusukan bapaknye je!

sbb x payah nyusukan time keje!

:))

KM said...

Wanie-kalau kt tmpt wanie gula2 arnab, kat tempt saya gula2 udang. Sama tp jenama lain2 kot.
KM minum teh susu ja ....

Hummy- KM no comment hehehe..

Neeza Shahril said...

"kaum bapa jangan ganggu semasa proses penyusuan" terutamanya pada waktu MALAM!!! :P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin