Wednesday, September 3, 2008

Kerana Mulut Badan Binasa

Mungkin perpatah di atas sesuai ngan impak yg kena pada orang Melayu akibat keterdesakan survival parti Bumiputra yg bernama UMNO. Aku ulas 2 perkara ja yg menjadi isu nasional kerana keceluparan & Keangkuhan orang mengulas sesuatu perkara khususnya yg berbaur perkauman.

Pertama, aku difahamkan bahawa sebahagian syarikat/firma tidak lagi mahu menerima pelajar UiTM untuk menjalani praktikal. Sebabnya mudah, keangkuhan pemimpin UiTM yg mengarahkan budak-budak UiTM menunjuk perasaan walaupun adalah lebih baik jika pada pandangan aku jika isu itu diabaikan je kerana atas kapasiti beliau sbg menteri besar, cadangan itu hanyalah boleh jadi cadangan je. Tapi atas sebab kepentingan pihak tertentu & menjelang pilihanraya kecil Permtg Pauh, mereka paksa budak2 ni turun ke jalan raya & menghalalkan apa yg mereka larang dalam AUKU. Akhirnya, orang lain yg menguasai ekonomi Malaysia ini melihat keangkuhan org2 Melayu walaupun dah 50 tahun atau lebih kita berkongsi negara ni.

Kedua, orang Cina juga marah apabila Ahmad Ismail, ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dalam kempen di Permtg Pauh menyatakan orang lain adalah menumpang di negara ini. Aku fikir kenyataan ini makan tuan khususnya kepada parti UMNO. Dalam Malaysia ini, kerajaan dari dulu sampai sekarang bercakap tentang perpaduan rakyat berbilang bangsa. Tapi sedihnya, banyak tindakan yg berbaur perkauman datangnya dari kerajaan ini juga. Sentimen ini makin kuat sejak kekalahan BN dalam pilihanraya yg lalu. Tak percaya, tengokla berita tv & akhbar, bagaimana sentimen ini dimainkan untuk mewujudkan kebencian antara kaum.

Cepat atau lambat, kita kena terima hakikat Malaysia ni adalah bumi yg dikongsi oleh semua kaum. Walaupun asalnya dulu Tanah Melayu tp atas faktor sejarah & politik dahulu serta takdir Allah yg begitu maka terimalah hakikat kita perlu berkongsi tanah ini.

* Api kecil2 menjadi kawan, bila besar boleh membakar rumah....... Islam For ALL, insya'allah selamat.

16 comments:

Laxmana said...

Salam bro...

Islam for All...

Gambate ne! ;)

ita.itu said...

betul tu KM...kdg buat hal sendiri je kan...hehe..jgn laser org..tp ko laser mmg aku bantai gelak..haha

Mak Su said...

sebelum cakap, tapis dulu, ek

Anonymous said...

pemimpin2 skrg pun

xkisahla parti memana

jaga ar mulut sesama

Akak said...

Salam KM...

Letih lerr kalau fikirkan politik nie..

risanur said...

mmg susah dengan dunia politik ni, sukar utk dikomen...

cheryna zamrinor said...

bab nieh aku nak komen sket...

tak kisah la nak demonstrasi ape pon...kalo dah bagus akan diambil bekerja gak..

and bab komen pasal bangse len tuh...mmg melampau komen tuh...but there are times eloklah bangse len kena komen macam tuh. MEREKA PUN PERLU SEDAR DIRI!

Btw...nape sume org sibuk2 nak masuk uitm? dulu mase institut budak2 itm tak lah dipedulikan sangat...skang dah ade taraf 'U' tibe2 plak nak masuk uitm? huuu...bab nieh hipokrit sket...

ape2pon...politik adelah sesuatu yg meletihkan..

Carrotsusu said...

I dont know why KM... i dont agree this entry.. if i'm emo.. maybe yes.. but.. i think i have to emo.. Dah lame sangat kita biar kaduk naik junjung...

Anonymous said...

Laxmana- gambate ne! apa maksudnya bro?

Ita- Bantai gelak takpe tp jgn bantai tido. Bila ko nak senyum nampak gigi ekk?

Maksu- nak buat teh pun kena tapis dulu kan...

Wanie- selain jaga mulut kena jaga perut & hati. Tp ada ilmu & rasa kepatuhan pd Tuhan, insyallah tahu cmna nak jaga semua tu.

Akak- Tambah2 letih di bulan posa ni kan...hehehe sabo..sabo. Politik juga antara cabangan kehidupan & Baginda s.a.w juga seorg pemimpin yg hebat.

Risanur- Tengok cerita kartun pun kdg2 tension, inikan plak berada dlm dunia politik. Politik tidak susah tp yg menyusahkannya bagaimana arah politik itu dibawa.

Cheryna- Sesungguhnya keletihan menunaikan tangjawab pd Allah, insyaallah mendapat pembalasannya.

Carrotsusu- kaduk naik junjung sebb pimpinan org Melayu juga. Demi kelangsungan politik, kuasa & wang bg individu,kita gadai & juai negara ni sedikit demi sedikit. Akhirnya inilah yg kita dpt.....

MamaZulaiqha said...

wah..KM ni ada tanjak jd ahli politik ni.. apa2 pun tak kira siapa yg memerintah..yg penting kita hidup aman damai dan yg lg penting anak cucu kita nnt dan yg lg lg penting melayu tak jd mcm kat singapore...sama2lah kita...amin

ceklala said...

tak gheti la nak cite psl politik.. dok diam jer blh pakcik? ngeee..

Anonymous said...

Eranazeera- KM takde tanjak nak jd pemimpin politik. Jd pemimpin umah tangga jadila...Kalau jd melayu singapura, kita semua kena sedia batang pisangla nak tahan ikan todak hehehe..

Ila- pakcik bg topik baru yg senang ko ulas. Bleh?

ita.itu said...

haha.nanti aku snap khas utk ko ek..haha

kuchalana said...

kakakaka.. nampaknya kita naik satu kapal.. kakakaka

Islam for all...

Mmg btol.. hakikat satu hari kita perlu berkongsi tanah kita dgn org lain.. politik perkauman amat pasti mengeruhkan lagi keadaan..

Anonymous said...

Ita- snap jgn xsnap

kuchalana- hehehe...kita fahamla kan

Anonymous said...

kadang aku tak stuju gak menteri besar tu
walaupun sekadar cadangan
ini membabitkan parti mana dia bercakap
wlupun sikit kuota yg nak dibei pada kaum lain
tapi dari sikit tu la nak jadi byk
tapi heran la plak mrsm takde plak nak huru hara mcmtu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin