Wednesday, September 24, 2008

Ramadhan hampir mengucapkan selamat tinggal......

Arini KM takde idea nak tulis pa. Bukan sebab mood nak raya tapi entah....fikiran terbang entah ke mana. Hari ni masuk hari ke-24 orang berpuasa. Ramadhan sudah sampai di penghujungnya. Lambaian Syawal hampir jelas di depan mata. Di zaman Rasullulah s.a.w, para sahabat akan mula merasa kesedihan kerana tak sanggup membiarkan Ramadhan pergi kerana yakin Ramadhan membawa rahmat besar & bimbang tak berkesempatan di Ramadhan akan datang.

Bagi kita yg imannya ibarat langit ngan bumi jika dibandingkan ngan para sahabat, mungkin berdoa2 agar Ramadhan segera pergi kerana dah tahan berpuasa atau tak sabar dah nak beraya. Ramadhan juga membuat rumah2 Allah (masjid & surau) penuh di malam harinya org beribadah. Tapi percayalah, masjid & surau2 kita akan kembali lenggang bila tamatnya Ramadhan. Kita terlalu mengejar yg sunat (tarawih di bulan Ramadhan) tapi kita meninggalkan yang wajib (menghadiri kuliah2 ilmu) di bulan2 yang lain. Kita bimbang kebanyakan amalan kita ditolak Allah kerana kita beramal/beribadat tanpa ilmu.

Ramadhan disebut guru KM sebagai bulan kita belajar berkongsi perasaan ngan orang lain. Kita berkongsi perasaan lapar sebagaimana orang2 susah merasainya. Kita berkongsi kegembiraan/ rasa seronok nak beraya ngan menghulurkan fitrahdan sedekah kepada yg memerlukan. Ramai antara kita menceritakan keseronokan mereka di bulan Ramadhan sebab boleh menikmati apa saja makanan. Teringin ja nak makan, kita boleh beli or buat sendiri sebab kita berduit. Antara kita juga menceritakan kegembiraan ngan macam persiapan kita buat untuk hari raya ni. Kita beli pakaian baru, kelengkapan umah baru, keta baru dan macam2 lagi utk hari raya sebab kita mampu.

Bagaimana plak saudara2 yg susah? Yang tersepit ngan kehidupan terutama di zaman kegawatan ni? Tak perlu tengok jauh tapi cuba kita ambik keprihatianan sedikit tengok saudara2 yg berada di persekitaran kita. Bagaimana perasaan anda kita tak mampu nak menyambut kegembiraan di hari yg dinamakan hari untuk kita bergembira? Tentu sedihkan....so rerajinla membuka mata hati anda. Kita bimbang menjadi orang yg tak sudi dipandang Allah di Mashyar kelak kerana kita langsung tak ambil peduli hal2 saudara kita.

* KM penah bertemu seorang budak berapa tahun yg lampau sewaktu membeli daging di petang menjelang hari raya. Budak tu cuma nak beli daging sebanyak RM1. Ditanya kenapa RM1 je? Katanya itulah saja duit yg mak dia bagi....mak suruh beli sebab esok nak raya. Memang keluarga budak ni orang kampung ygsusah, bapak puan dah takda. Jika anda di tempat budak tu cmna?

14 comments:

Mieza's Penny said...

sedihnya...sian budak tu ek...ko ada bg x sedekah duit ke atau daging...jgn hanya kesian jer...:p

ita.itu said...

dah tau ko jumpa bdk tu nak beli rm1..x reti2 nak top up ke..kedek betul ko kan..

KM said...

Along & Ita- Amboi 2 beradik ni kasi double fire kt KM nampak? Tag Team plak tu ish..ish..
Takkan KM nak cerita semua kot. KM cerita sikit dahla buat pengajaran semua. Kang lebih2 kata riak plak.
Tambah2 mulut ko Ita...kata aku tokei playboyla, ustazla etc.

kuchalana said...

tu realiti bro.. byk kesedihan lain yg kita xnmpk dan lebih tragis.. kita perlu bersyukur dgn nikmat yg kita ada..

anyway aku dah mula bercuti.. jadi..

Selamat Hari Raya Dan Selamat Bercuti..

Maaf Zahir Dan Batin

Ole..

KM said...

Kuchalana- Betui tu bro. Anyway Selamat Aidilfitri & Maaf Zahir Batin juga dr gua pada bro...Hepi holiday too

Anonymous- Aku cakap org beli daging nak raya, ko nak bubuh dlm bihun. Apa punya samdol la ko. Ko nak bihun ada daging, ko hiris paha ko suruh mak ko goreng ngan bihun hehehe...cmna?

risanur said...

sepatutnye kita perlu sedar nikmat yang Allah berikan kpd kita..kita juga perlu prihatin kpd mereka yg susah...tapi selalunye kita lupa..
* sayu bile baca n3 KM yang nak beli daging RM1..confirm la penjual tu kata tak boleh kan..

Unknown said...

insaf skejap..yela, kite rase susah mase zaman2 gawat ni..ade lg org yg lagi susah :(

shafarina said...

Simpati pada budak tu. Kalau saya ada kat situ, sahih saya bawa dia beli barang-barang utk beraya.

Kengkadang kita lupa kita senang. Sehinggalah kita susah.

:|

Salam Aidilfitri.

Anonymous said...

Risa- ramai org hari ni pentingkan perut masing2 ja.

SU- jgn insaf sekejap ja tp insafla selalu hehehe

Shafarina- Kisah budak tu dah berlalu tp kalau nak belikan baju raya bleh gak, belikan kt saya. Sya pun belum beli satu benda pun nak raya ni hehehe...

kakpiah said...

sadis la psl kes daging sengget tu..

tp baguih KM.. bab amal ibadah nih kita mmng x bleh citer takot mendatangkan riak.. kan ader pepatah mengatakan tgn kanan memberi tgn kiri pon tak tawu..
eh betoi ka centu? lebih kurang la..

dan di sebabkan tawon nih saya bnyk sgt di sogokkan dgn citer org2 susah teroih tebantot nk soping sakan..huk huks..

.::WaNiE::. said...

KM, slamat ari raya, maaf zahir batin..

**dr smlm pikir apa akan jd klu aku kat tempat budak tu...masalahnya aku buntu..

Sofira said...

di akhirat kelak, nape ada ahli ibadah yang dihumban ke neraka? mungkin ke sebab beramal/beribadah tanpa ilmu???

ilmu tanpa amal, membazir
amal tanpa ilmu, menyesatkan.

sebab itulah org2 islam dituntut agar mencari ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad, masya-Allah.

IQRA bermaksud BACALAH...

KM said...

k.piah- KM punya stail tgn kanan memberi, tgn kiri korek idung, produktif & inovatif hehehe...ko jgn insaf sekejap je ye....

wanie-Salam Aidilfitri & semoga perjalanan jauh mendapatkan keselamatan...kalau ko jd budak tu, insyallah akan ada org yg akan tolong, insyallah

aidura-kan senang kalau semua orang memahami cam anda.....

kuIna said...

tuhan maha kaya maha agung pencipta alam & seisinya... dgn zat tersendiri.. susu ibu memang terbaik kerana ianya menitis bersama kasih syang.

*sian kat budak 2... kita kena selalu bersyukur dgn apa yg kita ada, kalau kita susah ada org yg lg susah*

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin