Thursday, September 11, 2008

Pecah Kereta!

Semalam, pengerusi surau tempat aku maklumkan supaya sesapa yg datang bawa kereta tu berhati-hati. Sebabnya beberapa hari yg lalu, di bulan puasa ni berlaku kejadian pecah kereta di masjid berhampiran semasa pemilik menunaikan sembahyang terawih.

Setakat ni, tak tahula sesapa yg buat sebab nak kata setan, setan kan kena tambat sepanjang bulan Ramadhan ni. Sure ni keja malaun-maluan yg bulan posanya bukan fikir nak bertaubat tapi meningkat tahap kesetanan mereka. Kalau dapat tangkap malaun ni, patutnya kena ikat mercun kat badan, pastu cucuh, bleh ke? Hehehe...

Malaysia hari dah tak selamat. Berhati-hatilah kerana anda mungkin terkorban di dalam umah anda. Takziah pada kelurga yang ibu mereka terbunuh semasa bergelut ngan penjenayah yg hendak merompak umah mereka....

16 comments:

Mak Su said...

manusia dah desperate nak mencari sesuap nasik

ita.itu said...

aku rasa ni mesti ko punye keja kan.kah.kah.kah

Carrotsusu said...

tu kete KM kerr???

KM said...

Maksu- Bukan desperate sangat sebab keja macam2 bleh buat. Tp yg jelas Allah dah cabut ketakutan dari dlm diri manusia dr melakukan kezaliman

Ita- U dont play-play ya. I can sued u in the court

Carrot- takla...KM naik beskal je

.::WaNiE::. said...

issskkk

mcm keje k***nG jek

risanur said...

mmg setan sungguh org yg memecah keta masa orang buat amal ibadat...
mmg M'sia ni dah tak selamat dah..kita perlu lebih berhati2 skrg ni...

KM said...

Wanie- napa ko sensor...ckp terus je.

Risa- keta pecah takpe lagi. Kalau pecah umah & bunuh penghuni dlm umah lagi jahat...berhati2la

razifembi said...

dalam kitab pun kata syaitan ada daripada kalangan syaitan manusia dan syaitan jin ...

manusia kalau yang jahat tu pun kita panggil setan . . .

apa yang dikatakan kitab benar .

KM said...

Razif- Sejahat2 manusia lebih jahat drp iblis& syaitan. Dan sebaik2 manusia, lebih baik daripada malaikat.

cheryna zamrinor said...

inilah yg aku slalu kate otak letak di buku lali:(

Ungku Nor said...

tapi tu bukan keta KM kan..
tumpang simpati kat pemilik kereta. kita pun kena ingat, jgn letak barang berharga dalam kereta.

Takziah jugak buat keluarga yang kematian ibu.

shafarina said...

Malang tak berbau.

Al Fatihah buat arwah, takziah buat keluarganya.

Anonymous said...

cheryna- hehehe....

ungkunor- sekarang beg burung dlm keta pun, penyamun ingat ada laptop hehe...akai ada ka?

shafarina- moga Allah membalasnya....

waNNa_eXess said...

teringat kete bestfren ku yg dipecah. sebijik same ngan kete tuh!
cermin belakang.
junkie x pun mat pit yg buat.
bulan poser lak tu. huhu

Neeza Shahril said...

rumah akak ni kuantan dah 2 kali orang masuk. Masa tu tenant takde kat rumah. tak selamat dah kat malaysia...

KM said...

wanna-exes- Perompok sekarang dah tengok masa & sesiapa. Main hantam ja....

K.neeza- Allah dah cabut ketakutan dr dalm hati2 manusia....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin