Monday, December 15, 2008

Bila ada pilihanraya......

Pertengahan minggu lalu, Al-Menteri yg berambut putih itu hanya memberitahu bahawa minyak hanya akan dinaik sekiranya melepasi harga US$80 ke atas. Tidak diberitahu bahawa harga minyak boleh dikurangkan lagi memandangkan harga dunia sekarang bermain di sekitar US$40 lebih setong. Semua org yg cerdik & berfikir tahu bahawa harga minyak boleh dikurangkan lagi sesuai ngan laungan & kempen kerajaan mengurangkan harga barang.

Beberapa hari sebelum ni, golongan nelayan yg tertekan ngan harga diesel telah bertekad nak melancarkan mogok. Akhirnya jumaat lepas, kerajaan bersetuju menurunkan harga diesel subsidi sebanyak 13 sen seliter kepada RM1.30. Sehari kemudian, menteri yang berkenaan memberitahu plak bahawa harga minyak di Malaysia akan ruang untuk turun lagi. Kita hairan kenapa menteri di Malaysia suka cakap pusing2?

Bila harga akan turun lagi mungkin sebelum Krismas atau sebelum Tahun Baru atau paling lewat sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil KT. Jika anda perasan, ada beberapa perkar yg kerajaan cuba gula2 rakyat menjelang pilihanraya tersebut. Selain harga diesel subsidi turun, harga minyak nak diturunkan, royalti minyak diserahkan kpd kerjaan T'rengganu, bantuan2 lain kepada rakyat T'rengganu, mungkin ada byk lagi menjelang pilihanraya kecil tersebut.

Inila untungnya bila ada pilihanraya kecil di sesuatu kawasan tu. Tetambah bila kawasan tersebut peluangnya 50-50 antara pihak yg bertanding, sure penduduk tempatan akan mendapat durian runtuh. Durian runtuh memang bagus cuma yg tak bagus ditimpa pokok durian hehehe....


9 comments:

.::WaNiE::. said...

ooo ye ye saya sudah perasan itu :D

Unknown said...

mende yg best bile ade pilihanraya kecilni..dpt byk keistmewaan..
kerajaan hbs juta2 semata2 nk memastikan kemenangan..bestnyer jadi org Kuala tganu..sy nk tukar jadi anak tganu ble? :P

Dee said...

hua..hua..time2 ginilah dorang patut mintak je apa2 yg dorang nak..kalo idak..kemsalamlah!!

Carrotsusu said...

bila pilihanraya.. kertas keje puteri umno pun wat kat ofis.. hu hu...

Neeza Shahril said...

betul tu.. alangkah baiknya kalau selalu ada pilihanraya kecil kan.. hehehehhh....

Anonymous said...

wanie- tahu takpe hehehe...

suw-nak jd org ganu ek ekk? bleh...bleh..bleh blah hehehe...

dee-saya nak minta keta sebiji, rasa2 bleh dpt ke?

carrotsusu- sapala puteri umno tu ye? carrot ke? hehehe...

neeza_shahril- kalau selalu ada pilihanraya, alamat org tak buat keja lainla akak...hehehe...KM buat keja umah ja...

azreen said...

tak baikla kerajaan ni nak gula2 kan rakyat kan......tapi kalau bg gula2 baru la best...hehehe...

KM said...

azreen- Km suka kalau dibagi duit hehehe...

alia said...

ada udang di sebalik batu....nak pilihanraya sangup uat apa saja....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin