Monday, March 30, 2009

Earth Hour 2009....sapa rugi???

Jam 8.30 malam hingga 9.30, 28 Mac lalu ramai antara yg menyahut seruan Earth Hour dengan mematikan penggunaan elektrik selama 1 jam. Walaupun ramai antara ita hanya memadamkan lampu bilik atau tandas (tapi masih memasang tv, radio, peti ais, kipas dsb) namun setidak2nya anda juga prihatin hehehe....

Sedar atau tidak kempen tersebut menyebab ada yg rugi besar malam tu. Antaranya ialah pembekal tenaga nasional, TNB. Menurut TNB, kempen tersebut menyebabkan penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 590 megawatt (mw) bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu. Bayangkan berapa banyak duit pendapatan TNB yg akan kurang bulan ni hehehe...........


* KM sahut cabaran ni hampir 95% sebab malam tu KM sekeluarga meronda Di Bandar Sp. Yg on malam tu kat umah KM ialah peti ais hehehe............

Pilihanraya ka? Atau acara gusti?



Seperti yg dijangkakan, proses penamaan calon di 2 daripada 3 lokasi pilihanraya kecil 7 April depan begitu rancak segala. Di Taiping, proses penamaan calon P059 Bukit Gantang didominasi oleh kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat. Bandar Taiping yg selalu sejuk kerana taburan hujan yg tinggi sepanjang tahun dihangatkan dengan kehadiran orang ramai yg tidak melepaskan peluang menyatakan sokongan terhadap parti masing2 serta pasukan keselamatan yg telah berkampung sejak beberapa minggu yg lalu. Akhirnya akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon PAS, BN & Bebas.


Lebih menarik lagi di DUN Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru antara BN, PKR serta 13 calon Bebas. Macam acara gusti WWE Royal Rumble plak bila reramai org bertanding untuk satu gelaran. Ini bukan sahaja rekod baru Malaysia malah mungkin satu rekod baru dalam Guiness World Record hehehe....KM dan rakan2 tengah bayangkan kertas undi yg pengudi Bukit Selambau akan dapat time mengundi nanti, tentunya saiz A4. Kalau dapat simpan kertas undi tu tentu mempunyai nilai yg besar di masa akan datang hehehe... Dengar kata yg ramai2 bertanding tu disponsor secara senyap oleh sebuah parti yg makin nazak...korang sendiri tau la kan.

Tinjauan KM 2 hari di Sungai Petani (SP) menyaksikan SP semakin sibuk. Bukan sahaja dengan penyokong2 & petugas parti tapi lebih sibuk dengan kehadiran pihak polis di segenap penjuru bandar SP. Bendera2 parti PKR mula dinaik secara giat sejak petang semlm kerana seblum tu xberani nak bubuh lebih2 takut disuruh turunkan oleh Majlis Tempatan.. Meriah beb...........orang berniaga pun gumbira time gini. Dengar kata dari abah KM yg berada di area Taiping, kebanyakan rumah sewa habis disewa orang utk dapat berkempen. Papa pun xde gambar yg menarik dari KM selama 2 hari di SP sebab KM tertinggal kamera.
* Insyaallah, KM akan kembali lg ke SP hujung minggu ni untuk liputan lebih meluas.

Thursday, March 26, 2009

Semakan Ujian MTest

Kepada yg memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk SR & SR-JQaf bagi ambilan Januari 2010, anda boleh membuat semakan kelayakan menduduki Ujian MTest yang akan diadakan seluruh Malaysia pada 28 Mac 2009 (Sabtu). Semakan boleh dibuat di alamat berikut:

http://apps.emoe.gov.my/kpli/mtest/

Seperti biasa di zaman ramai graduan menganggur ini, profesion perguruan menjadi pilihan berbanding di zaman 80-an, ramai sanggup menolak walaupun berjaya untuk menjadi guru. Salah satu tips untuk menjawap ujian Mtest ialah anda kena tangkas, jangan terlalu lama dengan sesuatu soalan anda takleh jawap (khususnya soalan berkaitan ngan pengiraan), tinggal je soalan tu kalau buntu. Bagi soalan yg berkait sahsiah ke hape, korang jawap jgn terlalu skema sangat.

So, kepada yg terlibat, selamat berjaya. Insyaallah, ada rezeki korang akan ke peringkat temuduga. Waktu temuduga, peluang anda lebih cerah. Ada ramai lagi rakan KM yg belum berjaya wpun dah berkali2 memohon. So, stay cool & don't lose your confident hehehe.............

Wednesday, March 25, 2009

Sambut Maulidul Rasul Tapi Jgn Jadi Seperti Abu Lahab!!

Rabiulawal masih berbaki sehari dua. Rasanya belum terlewat untuk menyatakan kesyukuran di atas kelahiran Baginda s.a.w pada tanggal 10hb ini pada lebih seribu tahun yg lalu. Sesungguhnya dinyatakan dalam Quran, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w adalah rahmatan lil allamin (rahmat pada sekalian alam).

Namun bermuhasabah atau tidak kita setiap kali menyambut Maulidul Rasul? Adakah kita telah benar2 menjadi umat Muhammad s.a.w yg telah sedaya udaya mengikut secara ajarannya? atau kita tidak lebih bersikap seperti bapak saudara Baginda iaitu Abu Lahab?


Abu Lahab ini merupakan bapak saudara Baginda s.a.w yg paling gembira ketika mendengar perkhabaran ttg kelahiran Baginda s.a.w. Diriwayat bahawa dia telah membuat kenduri besar (byk sekali unta disembelih) sempena kelahiran Baginda. Dia juga membebaskan hambanya yg disayangi iaitu, Suwaibah Al-Aslamiyah (hamba yg paling mahal di Tanah Arab ketika itu) kerana hamba ini membawa perkhabaran ttg berita kelahiran tersebut. Suwaibah juga merupakan ibu susuan Rasullulah yg pertama.

Namun, sayangnya Abu Lahab ini tidak pernah beriman dgn ajaran Islam yg dibawa oleh Rasullulah walaupun segala bukti kebenaran Islam dikemukakan di depannya. Sejarah ini menentang Baginda memang dahsyat. Senang cakap bila sebut je bab-bab/pelaksanaan Islam ni, Abu Lahabla yg nombor wahid (1) menentang. Sehingga Allah s.w.t telah merakamkan siksaan terhadap Abu Lahab & isterinya dalam Surah Al-Masad, yg kita mungkin selalu baca dalam sembahyang. Namun riwayat juga menceritakan bahawa Allah meringankan siksaan terhadap Abu Lahab setiap kali Isnin, ada yg meriwayatkan setiap tahun tanggal 10 Rabiulawal kerana kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi.

Pengajarannya, jgnlah kita hari ni menjadi seperti Abu Lahab, yg begitu gembira menyambut hari kelahiran Nabi tp dalam masa yg sama kita menolak ajaran yg dibawa oleh Nabi atau kita mempermain2kan apa yg Nabi sampaikan kepada kita.

* Hari ni ramai yg memperkecilkan ajaran yg Nabi bawa dgn pelbagai anggapan seperti ajaran ini sudah tak sesuai dgn zaman, mengikut Islam keseluruhannya, susah nak maju, dan pelbagai lagi tuduhan jahat yg selalu kita dengar org Islam sendiri bercakap.

Tuesday, March 24, 2009

Gambar Panas Celebriti TV3


Panas! Panassss!!! seminggu dua ni orang sibuk pula ngan gambar celebriti tv yg gambar dalam keadaan seperti di atas. Senang cakap, celebriti ni dari TV3. Rasanya ramai dah maklum sapa punya gambar ni. Zaman maklumat di hujung jari ni, senang sangat orang mengorek maklumat yg sulit lagi menyulit.

Kepada rakan-rakan yg selalu menangkap gambar 'pelik' gini untuk koleksi peribadi, berhati2lah. Walaupun niat anda bergambar ngan suami or isteri anda tp jika jatuh ke tgn orang lain, alamat fitnahla akan menimpa anda. Bila timbul fitnah, korang kenala jawap di mana? siapa ambil? untuk tujuan pa? pendek kata mcm2 anda kena menjawap.

* Dalam dunia yg kaya ngan pelbagai gajet canggih, berhati2lah. Sebab setiap gajet bleh meninggalkan jejak yg akan disalah guna oleh orang lain...........Kepada celebriti, jika yg mengambil gambar ni suami anda, kira selamatla. Tapi jika orang lain, camna? Jenuhla nak menjawab nanti.........

Rakyat Mara ke Bkt. Gantang & Bkt. Selambau.........

Menjelang Perhimpunan & pemilihan UMNO yg akan bermula hari ini serta 3 pilihanraya kecil 7 April depan, kerajaan Malaysia yg diterajui BN membuat beberapa langkah drastik ketika melihat sokongan rakyat terhadap mereka semakin mengurang. Semalam saja terdapat beberapa perkara yg berlaku yg KM rasa merobek saki baki demokrasi yg ada di Malaysia.

Akhbar alternatif pilihan rakyat hari ini, Harakah & Suara Keadilan digantung serta-merta selama 3 bulan. Alasannya kerana menyiarkan artikel sensasi & tidak benar. Pada KM, jika benar laporan akhbar2 ini pembohong, pihak2 yg masuk paper ini patut saman je. Atau mungkin sebenarnya, kerajaan hari sudah panas punggung dengan pendedahan demi pendedahan tentang kedurjanaan yg mereka lakukan terhadap rakyat.


Semalam juga, di Sungai Petani ketika sesi memperkenalkan calon Pakatan Rakyat untuk seat Bukit Selambau, sekali lagi hadiran yg datang dilayan dengan gas pemedih mata serta meriam air FRU. Hampir 20 orang dipercayai ditahan polis. Gangguan pihak keselamatan juga dilaporkan ketika pengumuman calon PR untuk seat Bukit Gantang di Taiping namun petugas2 PR berjaya mengatasi masalah tersebut.

KM melihat semua ni sebagai usaha terdesak kerajaan untuk mendepani kebangkitan rakyat yg semakin muak & jijik dengan kelakuan pemimpin yg telah lama di singgahsana. Di Malaysia, pemimpin yg terang2 bersalah dengan rasuah terus dijulang & dipertahankan. Tengok apa yg orang Melaka (sebahagianla hehehe....)buat bila pemimpin mereka sah2 rasuah? Mereka sanggup tido di jalan hehehe....demi seorang perasuah......Apala nak jadi ngan orang Melayu kita ni???

Rakyat mungkin lebih takut dengan pengganti PM kaki tido yg dijangka akan turun jawatan April ini. Dia ni lebih 'ganas' sebab jika kerajaan PR di Perak mampu digulingkan secara tidak demokratik kata Dr. Mahathir. Begitu juga dengan tuduhan membunuh oleh penulis/paper Perancis terhadap dia. Jika dia tak bersalah or terlibat, napa diam saja? Sedangkan ia melibatkan maruah, kredibiliti dia sebagai pemimpin yg akan menduduki kerusi no. 1 kerajaan. Marilah jika berfikir & menjadi warganegara yg lebih prihatin & peka dengan semua masalah yg berlaku. Jika kita tak peduli, bimbang sedikit masa lagi kita akan menjadi masyarakat yg hidup dlm tekanan & ketakutan.

* Ahad ni, KM ngan Mem dah merancang nk ke Sekolah Men. Teknik Sungai Petani (sekolah lama Mem). Bukan ada acara "Jom Kembali Ke Sekolah" tapi nak melihat proses penamaan calon PRK Bukit Selambau. Kalau sesapa nak ke penamaan calon Bukit Gantang, bleh ke Dewan Perbandaran Taiping (dulu dikenali MPT), dekat ngan Taman Tasik Taiping.


Monday, March 23, 2009

Menjawab Tag.......

Memandangkan Cik Kojah telah beberapa kali meremind KM tentang tag yg dia kenakan pada KM maka dengan penuh malu alah, KM pun menjawaplah tag dia hehehe.....

ATTENTION
Once you've been tagged you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits or goals about you.

At the end, choose 16 people to be tagged.

You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you.

Note with 16 random things, facts, habits or goals about me......

1) Nickname Kebencian_Maharaja yg KM pakai sebenarnya dipetik dr penceritaan dlm sebuah komik Hong Kong yg suka KM baca di hujung 90-an (Senjata Misteri). Ianya sebilang pedang yg dimiliki oleh Maharaja Negeri Yan.

2) Seorang lelaki yg bukan bujang tetapi belum berkawen. Belum berkawen maksudnya belum berkawen 2, 3 atau 4 hehehe......kalau Mem baca harap dia tak merajuk sebab semua ni hanya lawak semata2. Memiliki seorg isteri (yg mendengar cakap) & seorang anak perempuan (yg cakap pandai).

3) Sekarang sedang menyambung pengajian di 'universiti terbuka' dalam pengajian dunia & akhirat. Semoga ilmu yg KM dapat bermanfaat pd diri sendiri & org lain.

4) KM lahir di Perak tapi membesar di Pulau Mutiara. Harapan di masa depan mungkin memiliki sebuah restoren nasi kandaq hehehe...

5) KM kaki bola......maksudnya peminat bola tapi tak bagus bila bermain bola. Weekend ni, KM senyum lebar sebab Man U sama Chelsea kena titik tapi The Red's ran riot with 5-0 win over Villa. Hopefully, kita akan tamatkan kemarau 18 tahun tanpa kejuaraan liga.

6) Selain bola, KM minat investment. Tapi pelaburan cepat kaya seperti Swiss Cash, Yen Li, forex, comodity trade, KM tak mainla. Bukan takut risiko tapi byk yg cenderung nak menipu.

7) KM dulu perokok tegar tapi sekarang dah berjaya kikis tabiat tu sedikit demi sedikit. Paling byk KM hisap 2 batang sehari sekrg. Time cuti, kekadg2 KM tak isap langsung.

8) Sasaran KM sebelum pejam mata, KM ngan Mem harap dapat buat sesuatu yg bleh memberi manfaat kepada masyarakat. Kalau leh buka umah atau bela anak2 yatim pun bagus pe. Sebab Nabi s.a.w telah menyatakan bahawa pembela2 anak2 yatim, di akhirat kelak akan berdampingan dengan Baginda.....

9) Baru 8, ada lagi 8. Ape nak crita lagik ye??? Nama sebenar KM? Biarlah rahsia....bleh?

10) Perkara yg KM fobia dari dulu ialah tempat tinggi ngan darah..............hehehe...kalau korang nk kutuk..kutukla...aku sedar diri....

11) Menjelang April ni KM akan genap setahun di arena blogging ni...........
12) Perkara yg paling liat KM nak buat ialah menjawap tag hehehe...
13) No idea....
14) No idea....
15) No idea...
16) No idea.....
* Memandangkan KM pun dah takde idea maka xde sesapala nak kena tag ngan KM kali ni.......hehehe...

Thursday, March 19, 2009

DELL pula nak berhentikan pekerjanya.....




Latest development, DELL Malaysia bersedia untuk memberhentikan pekerja2nya. Ia dijangka membabitkan 5,000 pekerjanya di 3 faciliti perniagaan/kilangnya di Bayan Lepas, Bukit Tengah & Cyberjaya. Pemberhentian ini juga melibatkan tenaga kerjanya di seluruh dunia ekoran kejatuhan perolehan bersihnya sebanyak 48% utk suku ke-4 tahun 2008.

Semua ni berita yg tidak menggembirakan buat mereka yg bekerja di sana. Mungkin antaranya saudara-mara kita or kekawan kita. Dalam keadaan mcm ni, kesabaran sangat2 dituntut terutama buat mereka yg mempunyai t/jawab besar.

* Berdasarkan data2 terkini sehari dua ni dari US yg KM tengok, hopefully masalah kemelesetan ekonomi global boleh diatasi menjelang hujung 2009 atau awal 2010. Tapi malangnya di Malaysia, masalah ni baru nak dirasai.....apakah ia boleh selesai tahun ini juga atau mungkin lebih lewat daripada US? Moga Allah yg Maha Penyayang itu tidak mengazab makhlukNya yg derhaka ini utk tempoh yg lama....


Tuesday, March 17, 2009

Macam ni pun nak tipu....porahhhh


KM tak tengok siaran tv3 khususnya siaran beritanya dh cecah 3 bulan rasanya. Mungkin salah satu azam tahun baru 2009, tak tengok berita/media yg sedia dimanipulasi dan ditunggangi demi kelangsungan hayat pemerintah yg makin nazak nak mati. Kalau tengok, KM layan kartun je ngan Budak Kacak.

Ketika KM dah tak tengok, ada guru KM bagitau dalam berita penghargaan kecemerlangan adik Nik Nur Madihah di Kelantan mencapai 20A pun tv ni nak putar belit berita. TV3 melalui Buletin Utama pada 15/3/2009 masih nak berbohong mengenai bantuan kepada adik Nik Nur Madihah. Kata TV3 ni, Umno lah yang bagi tawaran rumah kepada keluarga adik ni menerusi Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin.

Sedangkan cerita sebenarnya seperti berikut:


Macam ni pun nak menipu wahai TV3 suku....Cara mcm nilah yg buat sebahagian rakyat makin lama makin membenci kerajaan yg ada.....Tapi yg makin suka pun ramai. Anyway tak kisahla sebab setiap manusia ada hak memilih & keyakinan dia. Dan dia juga akan bertanggungjawab di atas apa yg dia pilih.

* KM dua hari xmenulis. Bukan sebab sakit tapi sibuk sikit memangku kerja kawan. Kalau org yg ada kat London tu baca n3 KM ni, jgn lupa balik balik bas double decker sbg souvenir hehehe...ada berani ke?
* KM tersentuh hati bila tgk Nur Madihah & bapanya bagi komen tentang kejayaannya. Very humble & penuh kerendahan diri pada Allah. Semoga semakin tinggi anda, semakin zuhud pd kebesaran Allah. Allah boleh memberi kemuliaan pd seseorang melalui ilmu walaupun seseorang tidak punya kekayaan harta & material.

Saturday, March 14, 2009

Liverpool- 4 ManU- 1

Man U @ Red Devil's menjadi mangsa kedua Liverpool minggu ni selepas Real Madrid dimalukan 0-4 di Anfield. Kemenangan 4-1 (jaringan Torres, Gerard, Aurelio & Dossena) The Red's ke atas musuh tradisi di laman lawan, sedikit sebanyak membuka ruang perebutan liga musim ni walaupun Man U masih bergelar pilihan utama.


Walaupun tewas, namun Man U masih mendahului dengan 4 mata serta satu baki perlawanan dlm tangan berbanding pencabarnya serta baki perlawanan liga tinggal 9-10 perlawanan bagi setiap pasukan.


Apa2 pun congrat buat The Reds kerana memalukan Man U buat kali kedua musim ni. Di Anfield kita menang 2-1. Harap undian Champion League, kita boleh bertemu lagi hehehe......


* KM peminat Liverpool sejak 1986, waktu tu KM umur 10 tahun. Masa tu Liverpool memang hebat giler......

Friday, March 13, 2009

Makanan International.....

Mee segera @ lebih mesra dipanggil megi memang kadang2 menyelerakan terutama masa2 kita tak selera nak makan nasik. Megi ni plak merupakan makanan yg sememangnya fames atau lebih tepat adalah makanan antarabangsa. Org Melayu makan, orang Cina pun makan, India pun sama & byk lagi bangsa lain di dunia yg makan megi ni. Sekarang ni, megi dipelbagaikan dgn berjenis perasa mengikut citarasa ramai.

Adapun megi ini sedap kalau dimasak kosong saja. Kalau nak lebih sedap ditambah ramuan lain seperti sayur, daging, ayam dsbnya. Ada org menganggap megi ni makanan org tak cukup duit tgh bulan tp sebenarnya tidak. Orang kaya pun ada yg suka makan megi ni. Megi ni sedang dimasak mengikut aturan masaknya. Tapi kalau terdesak & kesuntukan masa, air panas or suam pun jadi hehehe.....KM teringat zaman belajar dulu, megi ni antara peneman kawan2 yg study hingga ke tengah mlm.



Budak Kacak antara penggemar megi ni. Dia sorang ja mesti sebungkus. Tapi takla diamalkan selalu makanan segera ni takut membahayakan kesihatan. Kebetulan semlm, KM teringin nak makan megi. Maka sebungkus dimasak kosong, dimakan berdua demi mengeratkan kasih sayang antara anak & bapak......Kata Budak Kacak, "Megi abah, betul2 hor liaw hehehe..."

Thursday, March 12, 2009

Result SPM dah kuar....

Bagi sesapa yg menduduki peperiksaan SPM tahun lepas, hari ni korang bleh tengok hasilnya. Mungkin ada yg melompat kegembiraan atas kejayaan yg anda capai hari ni. Mungkin keputusan hari ni ada yg menitiskan air mata kegembiraan. Mungkin ada antara kita yg kopak hari kerana berjanji sesuatu pada mereka yg telah berjaya. Dengar khabar, seorang pelajar pompuan dr Kelantan berjaya mendapat 20A (19A1, 1A2). Biasala...mana2 exam pun orang pompuan memang hebat kan..kan...kasi up skit...hehehe...

Pada yg gagal mendapat keputusan yg dicita2kan atau agak mendukacita, diharap tidak terlalu berputus asa. Sesungguhnya kegagalan dlm SPM bukanlah penamat hidup atau jalan mati kejayaan anda. Ada antara kita yg result SPMnya tidaklah baik tapi dia berjaya juga kita mendaki menara kejayaan. Begitu jugak sebaliknya. Mungkin ada antara kita penah menduduki peperiksaan ni lebih dari sekali, malah berkali2...semua tu bleh jadi kenangan terindah dalam hidup hehehe...

Apapun, tahniah kepada yg telah berjaya hari ni & yg berjaya dalam STPM baru2 ni. Kepada yg gagal, bleh cuba lagi.....

* KM pernah menduduki kedua-dua exam tersebut. Alhamdulilah...result KM fair & square je......tak mengecewakan & tidak terlalu cemerlang.....

Malaysian Serama Competition 2009


KM sebenarnya takda idea arini. Bila buka emel, KM dapat emel dr seorang teman yg juga peminat & pembela ayam serama. Minta KM hebah2kan perkara ni kepada semua teman2 atau public yg berminat. Pertandingan Ayam Serama 2009 yg akan diadakan di Central Market, KL pada 28 Mac ini.
Hadiah-hadiah yg ditawarkan juga menarik. Tapi seperti biasala kepada yg kaki ayam tu sila2la mencuba nasib ayam anda. Bagi yg takde ayam, bolehla berkunjung untuk melihat keunikan pertandingan ini.
* Ayam goreng KFC, itik, kucing adalah tidak layak untuk dipertandingkan. Harap maklum!!!! hehehe.....

Tuesday, March 10, 2009

Bila KM mengidam.........


Orang laki pun bleh teringin or mengidam time isterinya mengandungkan..kan...2-3 minggu lepas, aku teringin nak makan mangga muda tp teringin je la tengok sbb sekarang ni buah pelam byk giler di pokok2....mengalahkan buah anggur di musimnya. Sebabkan dok sebut2, semlm abah aku pun bawakla balik dr umah kawan dia, yg dia pi kenduri, beberapa biji pelam hehehe...mungkin dia ingat Mem yg teringin....KM baru belek tapi belum makan gi....
Satu lagi yg KM teringin ialah minuman kat atas ni hehehe....Sebelum ni jarang sangat KM minum benda ni. KM prefer soft drink lagi (nak bagi kena kencing manis cepat....hahaha). So, apabila KM beli sekotak terpaksala rajin2 berkongsi ngan Budak Kacak (bukan taknak beli sorang satu tp satu nak mengeratkan hubungan anak & bapak)
* Pasni, apa lagik yg Km nak mengidam ek..........

Memorandum Gerakan Mansuhkan PPSMI



Gerakan Mansuhkan PPSMI

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.

MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)?Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun!Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu.Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi.Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri.Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu.Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato? Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan 'gila bahasa Melayu'. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong.Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, 'pendapat' atau 'teori' yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V.Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.

Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Patik sekalian yang berdatang sembah.

* Demikian adalah kandungan memorandum yg dipersembahkan oleh GMP kepada YDP Agong pada Sabtu yang lalu. Syabas pada yg hadir pada hari tu!!! Walaupun digertak, diprovoke, dilepaskan gas pemedih mata serta semburan water canon namun mereka enggan gentar krn mereka2 tidak mahu sisa-sisa tinggalan bangsa Melayu masih ada juga lenyap. Bukan ditelan zaman tapi dirogol, diperkosa & dicabul oleh mereka yg dulu, kini & selamanya melaung2kan perjuangan Melayu tp apa yg kita ada sampai kini???? Sedangkan selama 50 tahun, kuasa politik di tangan2 mereka ni.

* KM memetik kata2 Pak A.Samad Said beberapa minggu yg lalu....."Ini pemimpin bertelinga satu dan berlidah dua. Banyak pemimpin jenis begini saya lihat sekarang.Gunakan undi jika dasar PPSMI ini masih diteruskan" . Mungkin org Bukit Gantang, Bukit Selambau boleh memahami kata2 Pak Samad ini....

Friday, March 6, 2009

Mohon sumbangan ikhlas anda.....


n3 KM arini nak panjangkan permohonan sumbangan derma oleh Pusat Khidmat ADUN Titi Serong, dalam Parlimen Parit Buntar, Perak. Sumbangan diperlukan utk membantu penduduk2 di kawasan tersebut yg ditimpa bencana ribut beberapa hari yg lalu.

Untuk keterangan lanjut, korang baca N3 ni, di Cina Islam. Kalau korang sudi, dermalah mengikut keihlasan anda. Sesungguhnya Allah tidak kedekut dgn hamba2Nya yg tidak bakhil....

Thursday, March 5, 2009

Lepas satu, satu berlaku....

Dalam keadaan ekonomi dijangka akan meleset, mcm2 hal berlaku yg menyulit & menyusahkan hati kita. Bila ekonomi teruk, bisnes teruk dan kompeni gunakan alasan ni untuk downsize bisnes mereka. Antara yg biasa dibuat ialah beri skim pemberhentian secara sukarela or buang terus.

Terkini, kompeni FLEXTRONIC (syarikat ni merupakan pengeluar barangan berasaskan kontrak terbesar di dunia) telah menutup operasi kilangnya di Shah Alam. Jumlah pekerja yg diberhentikan sebanyak 1,382 orang (maknanya mereka ni akan hilang sumber mata pencarian). Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sekarang nak cari kerja baru bukan senang. Tetambah, kebanyakan kompeni2 sekarang suka lagi guna tenaga buruh asing. Walaupun kerajaan dok tahu ekonomi makin buruk tapi tenaga2 ni masih dikekalkan. Kdg2 kita hairan, walaupun kita ada pelbagai akta & undang2 tp masalah pendatang tak selesai jugak, kenapa? Adakah undang2 kita lemah or penguatkuasaannya dicemari salah guna kuasa & korupsi? Anda yg celik minda, rasanya arif tentang perkara-perkara ni....

* Dalam situasi sekarang, byk dah situasi yg KM tengok, kereta kena tarik, umah nak kena lelong.....kesiannya...Kepada yg mampu membantu, bantu apa yg patut....

Menambah koleksi.......

Weekend lalu, KM ngan Mem menambah lagi bilangan collectibles kami. Kali ni set-set daripada koleksi McDonald. Kalau nak collect masa dia promo memang koyak poket tetambah sekarang KM dah byk bulan tak ke McD (sempena keprihatinan terhadap umat Islam yg ditindas Yahudi). So, bila ada org nak jual murah2, kita orang belila utk tambah set koleksi.

Kali ni kami tambah 3 lagi koleksi iaitu drp Bee Movie, Shrek's serta The Car's. Cincai2 kira campur postage, 3 koleksi tersebut kami dapat beli dengan harga RM85 dari seorg penjual di Johor.

Sebenarnya, KM nak tangkap koleksi Ferrari 2008 lengkap termasuk garaj (harganya just RM150) tapi memandangkan Mem belum gaji sampai skrg maka hasrat tu ditangguhkan. Lagipun KM beli nak beli koleksi Ferrari baru selasa lalu.


Gambar yg bawah ni, tak termasuk dalam koleksi kami. Itu Budak Kacak punya koleksi. Sesaja dia nak enterprem....hehehe...keta kecik ngan lembu.


* Mengumpul collectibles ni sebahagian hobby & ruang KM & Mem meningkatkan rasa persamaan antara kami. Kepada pengumpul wang kertas or syiling, korang jgn takut sbb KM takkan minta korang punya koleksi hehehe....(jgn ada terasa ye hehehe)

Shell-Ferrari Kembali!!!


3 Mac lepas, Shell melancarkan semula kempen Shell-Ferrari selepas kempen sebelum ni mendapat sambutan menggalakkan. KM sebagai pengumpul setia collectibles mungkin antara yg pertama mendapatkannya pada hari tersebut. Untuk koleksi kali ni, semuanya ada 7 model. KM baru beli 5 sebab model F-1 akan kuar pada 16hb manakala kereta kuning kena beli bersama minyak enjin Helix. Koleksi di atas boleh dibeli dengan harga RM8.90 dgn isian minyak sebanyak RM40.
* kepada jiran KM (Mr. Jass) yg minat koleksi ni, insyallah nanti KM tolong belikan...dia dah call td inform hal ni....hehehe

KM di mana?


Kalau korang tanya mana KM, 2 hari tak update? Gambar di atas boleh menceritakannya....Berat mata memandang, berat lagi badan yg memikul....hehehe...

Yang ni pembantu paparazi yg snap gambar di atas. Ada ubi ada batas, ada hari, boleh balas hehehe....

Monday, March 2, 2009

Ustaz Radzi @ Melissa di Butterworth...

Korang yg seusia ngan KM tentu kenal broder ni. Bekas vokalis kumpulan Melissa yg satu ketika dulu terkenal lagu 'Cinta Untuk Nabila'. Rasanya lagu ni boleh lagi korang dengar & berkumandang di saluran SinarFM sekarang ni.

Mohd Radzi Abdul Hamid @ Ustaz Radzi sekarang lebih dikenali di pentas2 agama & motivasi berbeza dgn penampilan beliau ketika zaman kegemilangan band tersebut. Suara beliau masih maintain mcm dulu & dia dikhabarkan sering melaungkan azan di Masjid Zahir, Alor Setar.

Insyaallah, 9 Mac 2009 ni beliau telah dijemput oleh AJK surau Taman Air Tawar Indah (TATI), Butterworth untuk memberi ceramah & berkongsi pengalaman sempena Maulidur Rasul di Padang TATI selepas solat Isyak. Kepada yg dekat2 tu bleh datang...mungkin ada ilmu yg bleh dikongsi.

* KM tak penah berjumpa ngan beliau sebelum ni..... insyaallah mungkin ada something yg bleh dia berkongsi nanti...

Malaysia enter recession??


Apa yg korang bleh simpulkan bila tgk graf Indek Komposit Bursa Malaysia sehingga kol 12 tghari ni? Kejatuhan lebih 2% ekoran pengumuman data ekonomi pd Jumaat lepas.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia (GDP) pada suku ke-4 tahun 2008 menyusut kepada 0.1 % berbanding 7.3% utk tempoh yg sama tahun 2007.
Nampak sgt ketara penurunan tu kan?? Apa maksud tu ekk? Mungkin Malaysia dalam sedang memasuki fasa KEMELESETAN EKONOMI (nauzubillah)? Cuba baca artikel berkaitan dr BTimes ni....
* KM risau...anda bagaimana????

Al-Fatihah Buat Saudara Khodri

Pagi ni, KM mendapat 1 sms memaklumkan kembalinya seorang rakan, saudara Mohd Khodri ke rahmatullah. Beliau yg diberitahu menghembuskan nafas terakhir pukul 1 pagi td di HUSM, Kubang Kerian setelah menderita sakit sejak 2 bulan yg lalu. Allahyarham yg baru berkawen tahun lalu meninggalkan seorang balu yg sarat mengandung. KM berdoa semoga Allah merahmati beliau serta memberi kesabaran pada keluarga beliau. Sesungguhnya Allah menyayangi mereka yg diuji kesabarannya & redha dgn ujian itu.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin