Thursday, March 19, 2009

DELL pula nak berhentikan pekerjanya.....




Latest development, DELL Malaysia bersedia untuk memberhentikan pekerja2nya. Ia dijangka membabitkan 5,000 pekerjanya di 3 faciliti perniagaan/kilangnya di Bayan Lepas, Bukit Tengah & Cyberjaya. Pemberhentian ini juga melibatkan tenaga kerjanya di seluruh dunia ekoran kejatuhan perolehan bersihnya sebanyak 48% utk suku ke-4 tahun 2008.

Semua ni berita yg tidak menggembirakan buat mereka yg bekerja di sana. Mungkin antaranya saudara-mara kita or kekawan kita. Dalam keadaan mcm ni, kesabaran sangat2 dituntut terutama buat mereka yg mempunyai t/jawab besar.

* Berdasarkan data2 terkini sehari dua ni dari US yg KM tengok, hopefully masalah kemelesetan ekonomi global boleh diatasi menjelang hujung 2009 atau awal 2010. Tapi malangnya di Malaysia, masalah ni baru nak dirasai.....apakah ia boleh selesai tahun ini juga atau mungkin lebih lewat daripada US? Moga Allah yg Maha Penyayang itu tidak mengazab makhlukNya yg derhaka ini utk tempoh yg lama....


6 comments:

kakpiah said...

bab2 di berhentikan kejer nih.. aku pon terasa tempiasnya...

tp x per.. sabar..
masih banyak rejeki di bumi Allah nih. yg penting rajin berusaha :D

shasha said...

hohohoh...baru je pikir nak join dell balik...uwaa~~~

Dee said...

eee..semakin ngeri rasanya..mtk2 xdelah yg sengsara..harap2 dpt berdiri teguh semula..

risanur said...

semoga Malaysia akan dapat mengatasi segala masalah yang diberikan oleh ALlah ini dengan tabah...

nurul said...

adoi ada yg nk kena berenti pulak... sian pada yg nk kena berenti...
skrg nie sape yg keja swasta kena standby anytime... kita sama² berdoa bagi malaysia kembali kepada asal...

Kebencian_Maharaja said...

kakpiah- ye betul...sesungguhnya rezeki tu dtg dr Allah...insyallah ngan kerajinan kita, rezeki selalu ada...

shasha- syukurla ngan keja sekrg...

dee- jgn bimbang sgt...ingat sesungguh tiap2 manusia telah ditulis rezeki, umo, jodoh sebelum dilahirkan....

risanur-insyaallah...

nurul- begitulah hendaknya....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin