
Mendengar reaksi PM Lah supaya isu tol dikaji semula tentang pengumuman kenaikan tol semlm (masa buat keputusan tak kaji dulu ka PakLah oooiii ?? Cmnala hang jd PM ni), KM menjangkakan pengumuman itu sekadar taktik meraih populariti dalam keadaan parti kerajaan begitu tidak popular sekarang.
Mana mungkin, kerajaan berani naikkan tol dalam keadaan mereka kalah dalam 2 PRK terdahulu (Permtg Pauh & K.Trengganu). Apatah lagi, 3 PRK iaitu 2 bukit (B. Gantang & B. Selambau) & 1 batang (Batang Ai) menanti. Kalau naik juga alamat jadi buburlah peluang mereka dalam 3 PRK tersebut. Ditambah ngan kemelut di Perak yg jauh drp penyelesaiannya.
Jadi untuk meraih sokongan & populariti yg makin pudar, parti pemerintah mencipta pengumuman kenaikan tol yg menyebabkan kelmarin rata-rata rakyat kelmarin marah & ada yg tumbuk meja hehehe.....Kemudian, hari ni atau esok mereka akan umumkan plak kenaikan itu ditangguhkan. So, pada waktu tu rakyat akan menarik nafas lega & mengucapkan syabas pada kerajaan. Inilah dikatakan strategi politik bro (taktik ni seumpama seorg penternak melepaskan harimau dlm kandang dgn niat utk membaham kambing ternakannya tp kemudian dia mengikat kembali harimau itu. Jadi, kambing itu akan berterima kasih sangat pd tuannya sbb belum kena baham (rakyat=kambing, harimau=tokei2, penternak=kerajaan)......hehehe. KM yg reka taktik ni)
Namun begitu, jika ditangguh sekali pun kenaikan tu sekarang, rakyat jgn seronok sbb perjanjian tetap perjanjian. Jika ditangguh pun skrg ia tetapi di masa depan ia tetap akan naik. Harimau yg diikat akan dilepas jua kerana jika tidak dia akan membaham tuannya hehehe.....Cara mudah taknak dibaham harimau ialah kambing kena cari tuan lain yg tak membela harimau (carila tuan yg bela kucing hehehe sebab kucing xmakan kambing.
* Harini, KM ajak korang belajar perumpamaan supaya senang paham...kalau tol naik, sapa yg xguna highway pun akan terkena tempias kenaikan harga barang.....Rakyat Bukan Kuda Tapi Raja.........