Thursday, February 26, 2009

1 Mac: Tol Naik Lagi !!!!

Terkini!! mulai 1 Mac 2009, kerajaan mengumumkan kenaikan bagi 5 lebuhraya termasuk di sekitar Lembah Klang. Antara lebuhraya yg terlibat ialah Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Sprint, Ampang Elevated Highway, Sg Besi Highway, and New Pantai Expressway.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

So, kepada rakan2, kantung kita menyusut lagi di ketika situasi ekonomi tidak menggembirakan ini..... Di Malaysia ni, perjanjian konsesi lebuhraya2 termasuk Jambatan Pulau Pinang amatlah pelik kerana ia merupakan hutang yg semakin hari bukan semakin kurang tapi semakin meningkat......musykil..musykil...

* Aci potong jarila, kenaikan ni akan menyebabkan kenaikan harga barang..betul tak anak2?? Barang Naik? Berapa Naik? Banyak Naik? Bila Naik? Baru Naik? hehehe....

* Ekoran pengumuman kenaikan tol ini, harga saham semua syarikat yg terlibat seperti PLUS, Litrak, IJM naik hari ni....untung2 towkeh ye....

7 comments:

kakpiah said...

betul betul betul..
pui!!

mamarempit said...

adoiiiiilaaaaaaa......

Dee said...

aku jln kaki jelah..hehehe..tp harga barang mesti naikkan..huhuhu...undilah parti cap ayam!!

prebetsabu said...

huaarkk tuih kat kerajaan mesia yg sign mou favor kat concessionaire!!!!!



hhuuaarrkkk tuuiihhhhhhh!!!

*bila dorang nak siarkan salinan perjanjian ngn concessionaire tu????

tulipurple said...

ghapla jinggaaaa toi lah!!
ermmm...berita yg tak best utk cik abgku di ptg hari...
tu lah..kata org sg siput tu dulu...mahal kalu,lumbu kereta jugak lah naik!cubalah lu dulu yg naik..best tak best!!

TiNiE said...

urrgghhh...seb baik ulangalik keje tak lalu tol..tapi balik kg sangap la ceni..haih

Carrotsusu said...

komplen pandailaaa....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin