Dalam masyarakat Islam di Malaysia terdapat beberapa budaya/amalan yg dilakukan secara terbalik sejak sekian lama. Amalan yg diturun dari satu generasi ke generasi akhirnya menjadi kelaziman dalam masyarakat. Antaranya:
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yg dilakukan oleh keluarga si mati selepas kematian beliau adalah terbalik dari apa yg dianjurkan oleh Rasullulah. Baginda menganjurkan para jiran tetangga membantu memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Jika keluarga yg ditimpa kematian itu terpaksa menyediakan makanan dan belanja utk mereka yg hadir membaca tahlil, tidakkah mereka yg hadir itu khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim atau harta si mati yg belum dibahagi-bahagikan kepada mereka yg berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke majlis kenduri kawen, menjadi tradisi menghulur salam berisi. Kalau takda duit maka segan/malulah orang utk menghadiri majlis kenduri. Tetapi ketika menziarah orang mati, tidak segan plak kalau salam tak berisi. Sepatutnya, kalau menziarahi keluarga si mati, kitalah patut menghulur sedekah meringankan kesusahan/kesedihan keluarga tersebut.
Bersambung.......
Dipetik dari Suara Surau Taman Air Tawar Indah, Edisi Jun.
No comments:
Post a Comment