Kelmarin public holiday, cuti, dok umah, buat keja umah & kuar ronda2. Agak stress gak bila Liverpool gagal ke final Liga Juara-juara. Punah hasrat musim ni nak mencengkam sekurang2nya satu piala. Anyway, adat pertandingan, ada kalah dan menang.
Pagi, bawak mem gi ronda kat road walk, saja tengok2 barang & orang. Mungkin kalau ada benda2 menarik bleh beli. Petang, aku gi mengushar robot Gundam. Hehe...ada yang menarik & ada less 20% tapi memandangkan aku tengah pokai dan elaun mem pun belum masuk maka terpaksala aku menahan diri dari membelinya. Insyaallah kalau elaun masuk, arini aku datang lagi dengan kuasa beli hehehehe...
Aku juga sekarang tengah fikir projek baru 2008 ni. Hujung tahun lepas, projek kambing aku mengalami kegagalan. Modal ada, tanah ada, plan ada tapi komitmen dari pengurus takda. Nasib baik collapsed time permulaan projek. Bayangkan kalau time modal tambahan tengah masuk...parah aku. Rugi memang rugi, nasib baik share partner aku understood. Tak jadila perkara2 yang tak diingini tapi ralat jugala sebab projek ni gagal. Aku tetap memberi harapan suatu hari aku akan kembali untuk memulakan kembali projek ni.
Setakat ni, aku belum nampak gi apa projek sesuai untuk 2008. Sebenarnya, aku juga sekarang tengah mencari geng yang mempunyai imaginasi & idea yg sesuai ngan aku. Kalau sorang berfikir, kadang2 idea kurang bercambah tp bila ada duo, trio or quartet maka peratusan penjanaan idea lebih tinggi. Kalau anda yang minat pelaburan & perniagaan dan berani jadi risk-taker, cubala contact aku (kebencian_maharaja@yahoo.com). Mungkin kita bleh jadi kongsi2 idea.
No comments:
Post a Comment