Friday, May 23, 2008

Today is Friday

Arini dah Jumaat la, esok dah weekend. Kepada warga pendidik n bakal pendidik terutama my siblings n mem, selamat bercuti sekolah. 2 minggu kan? Leh jalan2 tu cuti2 Malaysia. Pada aku kalau duit ade takyah tunggu cuti, sekarang pun leh pergi. Dengar kata bos aku nak gi Europe, bestla dia. Aku tgh tunggu tiket keh..keh tungguuuuuu. Mana tau peluang thn 2000 kembali.

Berita pagi ni ada cakap mungkin harga minyak mungkin naik lagi. Dah le kenaikan harga barang melambung2 cam kena pukul ombak, minyak plak nak naik. Indonesia dah naik. Parah ni. Harga minyak mentah di pasaran dunia melonjak US135, dua ari lalu. Sapa akan untung? Tentula Petronas kan.

Bercakap pasai duit, bulan ni aku tak beli syer kot sebab duit nak guna servis dan tukar tayar keta. Selain tu, syer market Malaysia makin worse rasanya. Harga kaunter2 semua tak best. Tengah bear. Mungkin semua pelabur especially foreign investor tengah tunggu kerajaan baru kot hehehe........Kalau nak beli untuk long-term mungkin worth it kot.

Dalam keadaan cuaca berjerubu di Penang ni, ade kawan lama bertanya nape lelaki yang dah berkawen masih nak flirt2 ngan pompuan lain dan camna nak atasi masalah ni? Secara peribadi, boleh jawap soalan cmni wpun kita bukan pakar kaunselor. Tapi memandangkan kepala otak aku berjerubu, aku tak nak ulas persolan ni arini tp aku dah bercakap ngan kwn lama tu. Harap dia leh buat ape yg patut sebelum menjadi parah. Rumah tangga begitula, kdg2 suami buat perangai, kdg2 isteri buat hal. Kdg2 masalah ni bleh menguatkan keutuhan rumah tangga jika kena caranya. Kita membina rumah tangga itu bukan utk sehari dua tp niatnya sehingga ke alam sana. So, ingatkan kembali niat tu semasa anda meluahkan hasrat utk menerima dia sebg isteri anda.

Ari jumaat ni kejanya lemah sikit. Maklumla masing2 nak cuti esok. Jambatan Pulau Pinang pun dah lenggang sejak semlm mungkin kebanyakan org dah mula bercuti membawa nak2 jalan2. Tambahan pula org gomen gaji dah masuk semlm (harap2 esok boleh gi beli robot Gundam hehehehe). Dalam slow2 bekerja, arini dapat collection lebih RM60K. Ni la keja aku, kutip hutang tp aku bukan Along hehehe....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin