Monday, May 26, 2008

Bye-bye Pulau Batu Putih @ Pedra Branca

23 Mei 2008 menjadi tarikh menyedihkan dalam sejarah kedaulatan negara. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang bersidang di Hague, Belanda membuat keputusan menyerahkan Pulau Batu Putih (White Rock @Pedra Branca) kepada Singapura. Pulau kecil berkeluasan lebih kurang 8 ribu meter persegi secara muktamad menjadi sebahagian kedaulatan Singapura walaupun sejarah asalnya pulau tersebut berada dalam perairan Johor.

ICJ membuat keputusan memihak kepada Singapura setelah mengambil kira beberapa perkara. Antaranya Malaysia sebelum berlaku pertikaian tidak pernah membantah terhadap kawalan dan tidakan Singapura terhadap pulau tersebut. Singapura telah membina rumah api serta menempatkan peralatan komunikasi tentera lautnya di situ. ICJ juga menegaskan bahawa kerajaan Johor sejak 1850 tidak pernah ambil peduli tentang pulau tersebut. Peta Malaysia antara 1962 hingga 1975 juga menunjukkan pulau tersebut tiada dalam Malaysia sehingga cetakan 1979 barulah dimasukkan pulau tersebut dalam Malaysia.

Pakar sejarah, Prof Datuk Dr. Ramlah Abas berpendapat, keputusan ini adalah antara kelemahan & kesilapan Malaysia sejak awal tidak menggunakan fakta sejarah sebagai panduan mempertahankan wilayah. Surat Pemangku Setiausaha kerajaan Johor pada 1953 kepada Singapura yg menyatakan Johor tidak menuntut hak milik pulau tersebut juga membuktikan kelemahan kerajaan ketika itu.

Walaupun berat namun keputusan telah dibuat dan tidak boleh dirayu lagi. Jika ada org berkata keputusan ini adil atau ‘win-win situation’ kerana Malaysia mendapat hak ke atas Middle Rocks, terumbu karang yg terletak setengah batu nautika dari Pulau Batu Putih, anda fikir & nilaikan sendiri.

Sebagai rakyat Malaysia yg bertanggungjawab, kita perlu memandang serius apa yg telah berlaku kerana ia membabitkan maruah dan kedaulatan negara ini. Jangan kita terus dilalaikan ngan rancangan2 hiburan & pesta2 keseronokan hingga kita terlupa memberi perhatian kepada masa depan negara kita. 23 Mei 2008 kita bukan sahaja kehilangan Pulau Batu Putih tp kita juga kehilangan sebahagian penguasaan perairan antarabangsa. Jadi fikir-fikirkanlah…..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin