Entry 10.30 malam ketika melawan mata yg sedang mengantuk. Aku tujukan buat rakan2 yg masih mecari pasangan hidup buat melayari kesempatan hidup di dunia ni. Tak dinafikan kalau bersendirian pun kita masih boleh hidup tp bila berdua kita lebih ceria. Pasangan hidup bukan sekadar teman di ranjang tapi utk membina institusi keluarga, tunjang masyarakat. Perkahwinan bermula sejak penciptaan manusia kerana Nabi Adam a.s telah merasai kesunyian bersendirian walaupun berada di syurga yang nikmat tak terkata.
Dalam kehidupan yg serba materialistik ni, ramai pemuda-pemudi yg masih bersendirian. Ada yg meletakkan jodoh itu keterutamaan yg kebelakang berbanding mengejar kerjaya dan material di hadapan. Namun ada juga yg komited namun mungkin jodohnya belum sampai. Kepada yg dalam pencarian tu, teruskan berusaha. Mungkin Allah tengah menguji anda untuk kenangan terindah dalam hidup ini.
Kita kongsikan beberapa perkara di sini:
1) Pertama kita kena yakin bahawa setiap manusia yg diciptakan Allah telah ditetapkan rezeki, jodoh & ajalnya sejak di alam roh lagi. Yang menjadi isu mungkin sama ada cepat atau lambat ja. Walaupun ditentukan tp hakikatnya kita masih perlu berusaha mencarinya. Cam rezeki juga, kalau tak bekerja masakan bleh mendapat ongkosnya. So, pokoknya teruskan berusaha mencari jodoh anda. Jgn cepat fed-up or mengeluh bila mengalami kegagalan. Lebih mencabar usaha anda maka lebih manis untuk dikongsi dan dijadi kenangan di masa depan.
2) Sentiasa bersedia dengan penampilan sebab anda tidak boleh menjangka di mana anda akan bertemu ngan jodoh anda. Tak kira lelaki or wanita, anda perlu sentiasa kemas, bersih, segak & ceria. Penampilan sedemikan mampu mendorong orang mendekati anda. Berikan first impression orang lain yang baik terhadap anda. Sapa yg suka kalau jodohnya serabai, tak terurus, mandom je? Anda fikirkan…
3) Dalam menjalin hubungan kita juga perlu menerima kelebihan & kekurangan pasangan. Kita adalah manusia & manusia biasa byk kelemahan. Jika kita mencari yg terlalu sempurna dr semua aspek maka kita sebenarnya sedang mencari tali untuk menjerat diri sendiri. Cuba menghargai org lain, insyaAllah org akan menghargai kita.
4) Think positive. Jgn kerana sekali dua gagal bercinta, anda terus serik utk mencuba lagi. Anda gagal dalam percintaan ngan seseorg mungkin hikmahnya org tu bukanlah jodoh yg baik utk anda. Kegagalan bukanlah alasan utk membakar jambatan mencari cinta anda. SPM pun org sanggup mengulang berkali2, kenapa? Sebab ianya penting. Apatah lagi mencari pasangan hidup.
5) Seterusnya berusahanya utk mencipta perhubungan. Nasi pun tidak akan masuk ke mulut jika anda tidak menyuapkannya. Banyakkan komunikasi ngan orang lain supaya anda dikenali. Jgn jadi kera sumbang kerana dibimbang orang tak mengenali anda. Ada segelintir kita rutinnya pergi keja, balik keja, tido. Ruang komunikasinya terkongkong di situ saja.
6) Seterusnya, teruskan berusaha dan berdoa mencari jodoh anda. Jangan bila melepasi sesuatu peringkat umur, anda seperti sudah berputus asa. Luahkan perasaan anda pada yg diyakini boleh membantu menyelesai usaha ini.
Sekian, walaupun ringkas harap ia bermakna utk kita bersama. Bantu membantula sesama kita sebab kita tak pasti bila masanya kita akan sangat2 perlukan bantuan orang lain. Manusia ibarat batu, jika disusun, diikat, diplaster maka ia akan menjadi binaan yg kuat.
No comments:
Post a Comment