Wednesday, May 21, 2008
UEFA Champion League Final
Pertemuan dua kelab Inggeris dalam edisi ke-16 kejohanan di Luzhniki Stadium, Moscow. Man U memburu kejuaraan kali ke-3 manakala Chelsea membuat penampilan sulung dalam perlawanan akhir. Man U berhasrat mencipta kejuaraan double musim ni selepas menjuarai EPL. Bagi The Blues, ini peluang terakhir utk merangkul cup musim ni.
Kekuatan kedua-dua pasukan mungkin seimbang dengan moral kedua-dua pasukan utk menjuarai kejohanan musim 2007/08 pastinya tinggi. Namun, penganalisis lebih cenderung memberi kelebihan buat United tetapi ancaman Chelsea mungkin tidak boleh diabaikan walaupun pasukan ini masih dibelenggu masalah kecergasan pemain.
Faktor padang yg baru diletakkan rumput baru dari Slovakia berharga 160,000 pound sterling mungkin agak bumpy sikit dan boleh mempengaruhi kelancaran permainan. Lebih 40,000 penyokong kedua-dua pasukan dijangka akan mengunjungi Moscow utk perlawanan ini.
Kepada penyokong2 kedua-dua pasukan, Teka kata, Syaril Karim, K, k.Y, Mr. Jazz dan lain2 tu diucapkan selamat menonton dan berjaya ngan apa yang anda harapkan dr pasukan anda. Aku takde kepentingan dalam perlawanan ni sebab team yg aku sokong sejak 1986 dah tumpas pada Chelsea di saingan separuh akhir. Kita cuba lagi musim depan.
* I go for Chelsea 2-1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment