Tuesday, May 13, 2008

School of Blogging?


Semalam laporan BERNAMA ada memetik kenyataan Naib Canselor UiTM memaklumkan bahawa UiTM bersedia menawarkan kursus penulisan blog untuk melahirkan blogger yg lebih profesional & beretika. Golongan2 ini merasakan masyarakat kini lebih ke hadapan dan cenderung mendapatkan maklumat alternatif. Sebahagian masyarakat tidak lagi bergantung pd maklumat dari media2 tradisional yg rata2 masih belum bersedia atau masih terbelenggu untuk keluar dari kepompong tradisi.

Aku fikir adalah lebih baik usaha dilakukan terhadap penulis2 media tradisional agar penulisan mereka benar-benar lebih telus dan mencerminkan realiti sebenar dalam masyarakat. Dalam dunia maklumat tanpa sempadan, anda sebenarnya sudah tidak bisa lagi menutup/menyembunyikan kenyataan sebenarnya. Masyarakat sudah bijak menilai yg mana bubur, yang mana muntah kui..kui.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin