Monday, May 26, 2008

Berkhatan @ bersunat

Salah satu acara yg wajib orang buat time cuti sekolah ni ialah mengkhatankan anak lelaki. Bagi ibu bapa yg mempunyai anak lelaki yang sedang meningkat usia, sekarangla sesuai kalau nak dikhatan @ disunatkan. Mungkin 6 hingga 11 tahun antara waktu yg ssesuai utk tujuan tersebut. Kalau lewat2 nanti jadi mangsa bahan ketawa kawan2.

Kalau dikenangkan bersunat zaman aku dulu memang bleh ketawa pecah perut. Di tahun 80-an dulu majoritinya masih menggunakan khidmat mudim. Mudim ni plak sering dimitos oleh budak2 masa tu mcm tukang sembelih yg garang, memiliki pelbagai alatan tajam yg ganas seperti parang, kapak atau pun gergaji rantai. Bagi budak2 masa tu dengar nama mudim pasti kecut perut sebab ramai yg suka tokok tambah cerita.

Budak2 yg nak disunatkan juga sering diberi layanan istimewa, diadakan kenduri, pendek kata apa yg dihajatkan mesti mak bapak boleh penuhi. Cakap je nak makan pa masa tu, mak bapak leh belikan sebab pas bersunat nak kena berpantang. Itu tak leh makan, itu tak leh buat dan macam2 lagi pantangnya sebab takut lambat sembuhla, anu tu membengkakla dan macam2.

Masa paling sukar & mendebarkan ialah hari nak disunatkan. Kalau diikutkan dr sejarah dan pengalaman, ada juga kawan-kawan yg lari sebelum disunatkan. Mak bapak mungkin terpaksa akur yg budak2 ni memang tak lagi bersedia dan terpaksa tangguh hingga tahun akan datang. Bersunat tradisinya dibuat beramai2 dan orang yg mula dikira paling untung sebab pisau dimitoskan masih tajam waktu tu & dia jugak belum mendengar bunyi raungan atau melihat budak melarikan diri. Bila yg pertama dah mula meraung2 maka yang menunggu giliran mulalah tak senang duduk. Macam2 terfikir dalam kepala masa tu.

Bayangkan perasaan masa tu, ketika menunggu giliran ‘menaiki batang pisang’ macam2 bunyi dan aksi yang kelihatan. Kalau tak sabar dan disabarkan, mungkin macam2 leh terjadi. Masa tu tok mudim bukan cucuk ubat bius cam bersunat di klinik sekarang. Sorang-sorang ambil giliran cam ayam kena sembelih je hehehe…

Bila dah setel maka wujudlah khemah2 cam cendawan lepas hujan dalam umah. Pastu terpaksala berpantang sampai betul2 sembuh. Sekarang tak macam dulu lagi, teknik, ubat-ubatan, kemudahan perubatan yg ada banyak membantu kanak2 cepat sembuh dari luka yg dialami. Bagi dah melepasi fasa ni maka kawan2 atau adik2 yg belum melaluinya akan menjadi mangsa utk ditakut2kan melalui tokok tambah cerita berkaitan bersunat ni hehehehe…..

Kepada adik2 dan anak2 yg bersedia utk disunatkan cuti semester ni, selamat berkhatan & jadikan ia antara kenangan terindah dalam hidup anda sebagai seorang lelaki.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin