Semalam aku singgah beli beras. Bila aku tanya nak bayar rupanya harga beras S.S.T (super special tempatan) yg selalu aku beli dah naik harga. Kenaikan harga beras memang aku maklum tapi yang terkejut peratus kenaikannya. 25 peratus, penat tu kalau kenaikan harga barang keperluan berterusan especially pada yang berpendapatan rendah & sederhana. Pemimpin2 diharap anda prihatin masalah ni kalau nak terus menajdi wakil kepada rakyat.
Pagi ni, aku ditegur tentang 'perbuatan' aku semlm mengejutkan persekitaran. Bila ditanya balik, kenapa? Rupanya barula aku sedar bahawa semlm aku dah kembali mengalami mimpi yang disertai perbuatan & bunyi-bunyian yang menakutkan keh..keh... Aku pun hairan camna keadaan ni bleh berlaku. Aksi begini mula-mula mengundang rasa gerun juga tp bila dah berlaku dan dibicara, aku menjadi mangsa ketawa orang. Sapa yang melihat aksi aku ketika bermimpi menghalau hantu atau mimpi bermain bola pasti ketawa tahap putus tali pusat. Aku malu beb....
Kat atas ni bungkusan keropok Losong yang neighbour aku kasi. Kalau gi Trengganu, taksah kalau tak beli benda ni. Keropok ni salah satu makanan feveret org Malaysia. Kalau org putih ada potato chip, kita pun ada lekor chip hehehe....Anyway kalau keropok ni betul-betul dikomersil dan di R& D sepenuhnya tentu ada potensi untuk bersaing ngan potato chip di international market. Tak caya tryla.
No comments:
Post a Comment