
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pun dah selesai, keputusan pun dah tahu & ketika ini Anwar Ibrahim dah pun selesai mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen yg baru ( camna Saiful, Anwar dah bersumpah tu hehehe...). Selepas pilihanraya, pastu Parlimen & sekarang rakyat menunggu sasaran Anwar ke Putrajaya plak (3P's).
Di Malaysia jika berlaku perubahan kerajaan, rakyat kebanyakannya akan terkejut beruk. Tidak seperti di sesetangah negara lain khususnya negara maju seperti Amerika. Australia, Britain & Jerman. Kerajaan datang & pergi bergantung kepada penerimaan & kepuassan hati rakyat. Jika rakyat tak suka, u can go out. Di Malaysia, mungkin pelik sikit sebab selama lebih 50 tahun BN memerintah, rakyat disogokkan ngan bidaah yg menyatakan hanya BN je boleh memerintah. Namun perubahan persepsi itu mula bermula apabila orang melihat kelangsungan pemerintahan Kerajaan Pas sejak 1990. Akhirnya dalam PRU ke-12 lalu sebahagian dari rakyat di beberapa buah negeri mengambil keputusan menukar kerajaan yg ada. Sebahagian rakyat akan sekali lagi terkejut beruk jika apa yg Anwar Ibrahim rancangkan menjadi kenyataan.
Kita tinggalkan dulu kisah perubahan kuasa. Esok jika tiada aral melintang, kerajaan sedia ada akan mengumumkan perbentangan Belanjawan 2009. Semua rakyat tertunggu apakah faedah yg boleh kita dapat dalam situasi begini? Apapun kita tunggu selepas jumaat esok.
Ahad ni plak kita akan mengambut Kemerdekaan ke-51. Namun atas sebab/masalah yg berlaku kita jangkakan ulangtahun kemerdekaan tahun pasti kurang kemeriahan. Kebetulan, merdeka tahun ni begitu hampir ngan bulan puasa.
Apapun bersedialah ngan sebarang kemungkinan & jadilah rakyat yg prihatin.
* Ape harapan anda dari pembentangan Bajet esok? Nak bonus? Cukai turun? Duti rokok naik?