Thursday, August 7, 2008

I want to be a Dragon Man, not a Dragon Ball!!

Ente kenal ini buah? Itu bukan buah hati tp Buah Naga @ Pitaya Fruit @ Hylocerus. Aku masukkan entry ni sebab aku tengah merancang nak tanam buah ni. Sebagai permulaan mungkin untuk suka-suka or try n error. Buah yg dipercayai berasal dr Vietnam ni sesuai ditanam di Malaysia & punya potensi baik di pasaran. Harganya pun lebih berbaloi dari aku tanam pisang.

Memandangkan tahun ni aku belum start sebarang projek & aktiviti di syer market pun takda petunjuk yg baik sekarang ni maka buah naga ni menjadi pilihan sesuai sekarang ni. Seperti biasa dengan pengetahuan & pengalaman O, maka kami akan bermula dari O la. Disebut kami sebab seperti biasa juga aku senang bila bersama partner yg sesuai. Ni bukan 'sleeping partner' ye.

Selain buah naga, ada orang ajak aku running grocery & stationery shop. Aku fikir tak jadi masalah tapi penting ongkosnya pak! Macam biasa, modalnya perlu disuntik kan.

Dalam hidup beginilah, percubaan merupakan satu usaha. Sama ada berjaya atau gagal, itu perkara kedua. bagi aku yg pentingnya pengalaman. Jika berjaya mungkin satu masa kisahnya bleh diceritakan dalam Business Times ke? hehehe....

* Lecturer aku dulu pernah memberitahu, dalam dunia perniagaan utk berjaya perlu ada beberapa 'KUDA TUNGGANGAN'. Apa yg dimaksudkan beliau nanti aku ceritakan....
* Dengan rendah diri aku memohonla kalau sesapa ada tips or pengetahuan tentang buah naga ni, kongsila ngan aku ye.

17 comments:

hUmmY said...

waaa~

lame x mkn dragon fruit!

nakkkkkkkk!

Anonymous said...

"KUDA TUNGGANGAN"
adakah bila kita berjaya,kuda itu juga akan berjaya.
atau bila kita berjaya
kuda itu akan tersungkur/berada dlm keadaan yg sama?tidak berubah/tidak keluar dr kepompong

♥ira♥ said...

aku suka makan dragon fruit

KM said...

hummy & ira- bagusla suka makan buah pitaya ni. Byk khasiatnya, insyaallah.

Kuda Tunggangan adalah partner kita dlm istilah yg lebih manis. Dalam dunia ni mana da org berjaya bersendirian....

Neeza Shahril said...

tips apa yang KM nak? neeza pernah beli buah ni di Kuala Kubu Baru. Ada kebun dia kat situ. Bila kami nak beli, dia pergi petik. memang fresh habis. sekilo RM10. Memang berbaloi kalau nak tanam. Sekarang ni ramai sangat yang tanam tapi nampak macam tak di komersialkan. Apa kata, KM pasang kaki utk export buah ni ke oversea macam saudi. neeza tengok ada beberapa barangan sini adalah hasil dari malaysia - Kedah. neeza tak nampak product tu di malaysia tapi ada kat sini. Jenama MUDIM. Macam mana dia masuk market sini pun neeza tak pasti. Buah-buahan kat sini banyak datang dari Thailand. So far, di Jubail, neeza memang tak pernah tengok Dragon fruit ni..

:: Wiween laoshi :: said...

erk...sy suke mkn dragon fruit! skang ni da ramai org melayu tanam kan ;)

cHeRyNa PiReS said...

ehem...ehem...rasenye ade wat posting pitaya tak lame dulu:D

btw...kalo km nak tanam pitaya, ikutlah rencah nak tanam pokok cactus...kalo jenis tanah laterit nieh leceh sket...sbb aku pon tanam tapi taklah jd sangat:D

btw KM...jom borak sal liverpool...season dah nak start:D

Aidura Sofiee said...

kalau ada sebarang kemusykilan/pertanyaan mahupun tips utk penanaman secara komersial berkaitan buah naga ni, silalah rujuk ke Jabatan Pertanian. ngeeehhhh. :D

KM said...

neeza, aween, cheryna & aidura- thanks berkongsi pandangan memasing.

Akak said...

Salam KM...

Waaaa banyak nyerr buah naga, sedap nie..

Semuga berjaya dgn project nie yea..

KM said...

Thanks akak, moga apa yg dikatakan menjadi doa yg menjadi kenyataan...

kuchalana said...

bro.. aku penah buat servey mende ni dulu.. rancang2 mmg nak buat.. tapi stop sbb

1. Kos besar.. (Para, benih, penjagaan)
2. Production buah xberapa menarik, sbb dia bukan mcm buah rambutan..
3. Setakat nak buat 100 pokok ka.. xrasa sangat profit dia sbb overhead lain dah tinggi. Nak best buat byk ratus pokok.. hu2..

Yang best..

1. Buah ni mahal dan sentiasa ada permintaan terutama dari negara jepun, cina dan korea.


Aku sendri la ni invest ke penternakan.. in 2 years dari 3 ekor lembu dah ada 6 ekor skang..dari modal RM3k dah jadi RM18k dalam 2 tahun.. lagi untung dari ASB..

nak tau lanjut.. www.street-it.blogspot.com .. ni blog kedai komputer aku..

Kuda Tunggangan -
A good busnissman is those people who use others money and time rather than using our own money and time (quote dari bapak aku).

KM said...

thanks bro,
nila kelebihannya berkongsi pengalaman ngan org yg berpengalaman. Kata org apa yg di atas kertas xsama ngan apa yg dibuat.
Anyway, ni baru dlm stage merancang belum ada kata putus lagi.
Sesungguh merancang lebih mudah dr melaksanakannya.

kuInaJentayutiara said...

nak tgk cerita buah naga tgk blog nie... ladang mereka kat Jitra aja http://bunganaga.blogspot.com

Kebencian_Maharaja said...

Thank Kuina...saya dah ziarah blog tu

Atiesya said...

buah naga merah ni mmg sedap ek..kalu buah naga yg warna putih tu agak tawaq sikit kan........

KM said...

ya..betul. yg isi putih tu agak tawar sikit. Yg warna kuning dah penah cuba ke? Sya ckp berdsrkan pengalaman org sbb saya pun xmkn buah ni hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin