Wednesday, August 6, 2008

Kerja Banyak


Arini KM kerja banyak sejak beberapa minggu ni tp untuk tak hampakan pengunjung setia, saya ceritala papa yang patut untuk dikongsi bersama. Latest news yg KM dapat dr Putrajaya, SPR dah umumkan tarikh penamaan calon & pengundian bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu pd 16 & 26 Ogos 2008. Difahamkan SPR juga sedang mengerahkan para petugasnya mengunjungi kubur2 lama utk menyeru roh-roh & hantu2 yg menyertai by-election tu hehehe...Kehangatan pilihanraya kecik ni bkn di Malaysia saja tp akan menjadi perhatian seluruh dunia. Tak caya, anda dtg sendiri kerana pesta sudah pun bermula. Latest news, DSAI diarahkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta pagi esok (khamis) utk dakwaan meliwat terhadap beliau.

Sementara itu, untuk maklumat anda, harga minyak di pasaran hadapan New York telah mengalami penyusutan. Terkini komoditi itu diniagakan pagi tadi pada harga sekitar US$118 setong. Insyaallah berkat doa & sumpahan sebahagian rakyat yg terbeban ekoran kenaikan harga minyak ni mungkin sedikit masa lagi harga minyak di Malaysia pun akan diturunkan. Jika dibandingkan masa naik aritu harga minyak dunia sekitar US$145 setong, bezanya hampir US$27 (lebih kurang RM95). Anda fikirkan!

Selain bercerita ttg dunia & situasinya, kita juga semakin dekat menghampiri Ramadhan. Tahun ni 1 ramadhan (bulan ke-9 Hijrah) dijangka jatuh bersamaan 1 September (bulan 9 Masihi). Kepada rakan2 yg terpaksa meninggalkan puasa tahun lalu atas sebab yg dibenarkan syarak maka berkira2 lah untuk menggantikan puasa tersebut dengan segera.

7 comments:

kuIna said...

itu logo SPR yg terbaru ka? S yg terkurung..

Anonymous said...

Tu simbol jerebu utk Jab. Meteoreologi Jepun. SPR pun leh pakai kalau nak hehehe....

Sofira said...

km, hang dahsyat noh.

kubur2 lama, roh2 & hantu2 pun hang perosok masuk dlm blog hang kuang,kuang,kuang. :P

Anonymous said...

Itu just kiasan ttg keadaan & realiti yg berlaku di Msia. Masalah pengundi hantu adalah masalah serius. Bayangkan nenek yg dah berpuluh tahn meninggal masih ada dlm daftar mengundi & ari mengundi, 'dia' didapati mengundi, tak ke pelik? Kita berckp atas kebenaran wpun mungkin org berkata kita kurang ajar tp inilah yg perlu dilakukan di era rakyat diperkotak katikkan sekuka hati.

Sofira said...

km, identiti tu biarlah rahsia! samada surirumah ke, yb ke tak kisah le beb. kehkehkeh :P

Neeza Shahril said...

terer kan diorang ni.. korek kubur dan seru roh ni perkara biasa.. sikit pun tak takut..
kita tengok kesudahannya... :)

cheryna zamrinor said...

kenape ade urup S tuh KM? simbol jerebu? nampak agak tak senonoh plak:P

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin