Acara kenduri @ orang kawen dah bermula dan akan berterusan hingga minggu depan (cuti sekolah) atau sebelum Ramadhan menjenguk tiba. Menjayakan acara kawen ni bukan mudah juga. Tak kira kenduri kecik atau besar, salah rancang mesti jadi kelam kabut. Ada yg merancang lama ngan harapan acara ni bleh dijayakan ngan sempurna & diingati hingga akhir hayat.
Musim kenduri kali ni, takdak lagi rakan2 seangkatan yg menjemput aku kenduri sbb semuanya dah selamat menjadi suami & bapa orang. Terakhir sekali rakan seangkatan aku menjadi husband orang ialah Mecot, anak Cikgu Beha pada Disember lalu. Mungkin sekarang dia tengah menunggu 'hasil' perkahwinannya.
Mendekati musim kenduri & perkahwinan, aku kira rumah kawen sure paling meriah jika di'compare'kan ngan rumah orang lain. Tetamu yg datang ibarat orang press yg datang untuk mencari berita bagi dibawa pulang. Bila terlalu banyak acara kenduri maka makin banyakla peluang untuk membuat perbandingan. Kenduri sapa paling grand? pengantin mana paling vogue? hidangan sapa paling sedap? Nasik sapa yg mentah? Pendek kata dari sebesar2 keelokkan hinga ke sekecik2 kekurangan pasti akan menjadi topik bicara yg menarik.
Di kesempatan musim perkahwinan, ada yg berkawen lagi sama ada atas kapasiti menambah kouta yg ada @ mengganti yg telah tiada @ percubaan menggantikan yg tidak berjaya. Jika kena keperluan, kemampuan dan kesesuaian maka pada aku silakan. Berkawen lagi ini selalu menjadi ke'phobia'an di kalangan isteri sbb kebiasaan yg berkawen lagi ni si suamila kan. Kepada yg berniat begini, cerita 'Madu 3' mungkin sesuai jd tontonan utk menambahkan ilmu ke'suami'an anda hehehe...
Bagi yg nak kawen lagi kdg2 jadi hal juga. Tp yg belum kawen cmna plak? Di kalangan aku, yg belum berkawen kebanyakannya wanita. Mungkin ramai yg akan memberi alasan jodohnya belum sampai. Bagi yg dah mencuba tetapi tak berjaya mungkin alasan ni sesuai. Dalam mencari jodoh ni, sedikit kekurangan atau perbezaaan jgnlah dijadikan alasan yg besar untuk menidakkan perancangan yg baik ini. Sekiranya, kita menutup sedikit kekurangan/kelemahan orang, insyallah Allah akan menutup kekurangan kita.
Kepada yg dalam perancangan akhir sebelum melangsungkan perkahwinan, sama2 kita berdoa agar Allah memudahkan perancangan anda. Kepada yg sudah berkawen, tahniah kerana anda baru saya menempuhi fasa baru hidup anda. Semoga penyatuan anda memberi manfaat kepada semua....
10 comments:
Salam KM...
Hurmm perkahwinan adalah suatu ikatan yg suci dan perkahwinan juga tidak lari dari ujian & dugaan...
Perkahwenan akak besa diuji? hehehe...tnya jo
whoaaa romantik itu gambo.entry ini jugak bermakna.hehe
saya kategori dalam perancangan nak kawen.. hehehhehe
cewaaahh....KM, gambo sape tuh? anda punya kah?
ween- mu bila lagi ni? Takde calon gi ekk? or nak kasi surprise? Tunggu.....
mira- Tula, saya pun tgh tunggu kad dr mira ni, hehehe...
cheryna- Tu bkn KM la. KM jrg bergambar. Satu ari nanti KM akan menjelmakan diri hehehe....
KM, tau x kad saya x tempah lagi! hehehehe
hehehe...kad xtempah gi? saya tau sbb saya slalu baca persiapan kawen mira. Pa kata kita pilih tema Tarzan & Rimba, senang crita hehehe...jgn marah.
huhuhu kenduri kawen la nie dah tak dak bunga teluq... kadang2 ada bunga tak ada teloq!
Telur dah mahai Kuina, gred C je dah hampir 30sen sebiji kui..kui untung sape bela ayam..
Post a Comment