Selepas 10 hari berkempen ngan pelbagai cara, taktik, & hebah maka tibalah masanya 58,459 orang pengundi (walaupun ada sebahagian kecil nama pengundi telah dicicirkan) di Permatang Pauh keluar membuat keputusan bagi menentukan siapa wakil rakyat baru di Parlimen. Pilihanraya kecil P44 yg menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia & negara luar dijangka akan boleh mengubah senario politik Malaysia dalam masa terdekat ini. Keputusan pengundi dijangka diketahui awal malam ini.
Jika anda diberi peluang mengundi di Permatang Pauh, siapa pilihan anda? Jawapla kalau berani...hehehehe...
* KM akan berkeliaran di KL & Putrajaya arini, takda sesapa berhajat nak belanja makan ke? Gaji dah masuk ni hehehe....
17 comments:
kalo ko bertanding kan KM..sure aku rasa ko..tp apakan daya....hehe
KM takdak talent nak jd pemimpin politik. Jd pemimpin dapor pun jdla. Tp insyaallah KM akan terus jd rakyat yg prihatin....pemimpin adil pemimpin disokong, pemimpin korup, pemimpin disanggah
kalo x diberi pilihan.. hmmm..
but we have to choose to choose rite?
undi adalah rahsia
wakakakaa
ini mengundi olok2 jela. Skdar suka2, tak masuk dlm kiraan pun. Takut nak ckp ekk? Takut kena tindakan ek? hehehe
mai opis kak piah.. tipah blanjer ... wakakaka..
hahaha
rasanya dh x guna memilih
asik salah pilih jek
Salam KM...
Hurmm mcm dah boleh agak sape yg menang dan bakal jadi MP..
akak akan undi orang yang tak makan duit rakyat, orang yang tak aniaya rakyat dan orang yang jadi pemimpin sebab orang suka dia dan bukan sebab dia gilakan kuasa... haaaa... amacam?? ok tak?
takmo salah pilih...penat dah...sume org skang asek ade kepentingan masing2...
sy belum cukup umur
kalu risa nak wat undi rosak la..coz yg pastinye bukan kwsn risa pun yg bertanding..hahaha
K.Piah- Kpiah ajak mai opis pastu suruh cik tipah belanja plak, pe crita ni? Jgn KM plak yg kena blanja dah hehehe...gurau ja
Mira- ko pilih abg ko je lah hehehe..senang..senang
Akak- kalau akak bleh agak ni kira pakar ni. Kalau nak suruh akak tgk KM bleh jd menteri ape, bleh ke? hehehe...
K.neeza- kalau cm tu ciri yg akak pilih, KM jadi calon, akak pilih, bleh gitu hehehe...
Cheryna- dah nama pun manusia, cheryna. Ada akal & ada juga nafsu. Tp manusia juga diberi pedoman utk hidup kan..kan
Mak su- untung maksu sbb kanak2 lagi hehehe...Jd anak KM la mau?
Risa- ni mesti kuat buat vandalisme ni. Pantang jumpa dinding mesti nak conteng kan..kan
gua undi pakatan rakyat bro...
untuk pilihanraya kecil tu la...
bukan selame2nyer... heh!
untuk yang akan datang, gua tak tau lg... observation akan ditruskan...
kalau pakatan rakyat ni cilok gak, gua cari yang lain lg bro... ;)
Laxmana- Cara bro tu betul. Memilih mana yg relevan kalau dah teruk tinggalkan saja. Pemimpin kita pilih utk berkhidmat pd rakyat bukan perkuda rakyat.
dah balik ke?
kita dok penang, dia mai sini.
ala....
alamak bro.. mai putrajaya ka..
aku baru balik kerja kat cyber ni.. klu dak bleh pekene kebab kat taman warisan..
:)
shafarina- patutla gi Putrajaya xde orang hehehe...
kuchalana- lain kali, wa pi sana wa contact sama bro.
Post a Comment