Thursday, August 28, 2008

Bajet 2009, anda mahu apa?

Latest Development: Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj tambahan sebanyak 30% semasa hari raya ni ni. Menteri yg berkenaan juga memberi hint bahawa tambang bas akan naik pas hari raya hehehe....kesian sesapa yg balik raya naik bas kan..kan. KM balik naik beskal je..

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pun dah selesai, keputusan pun dah tahu & ketika ini Anwar Ibrahim dah pun selesai mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen yg baru ( camna Saiful, Anwar dah bersumpah tu hehehe...). Selepas pilihanraya, pastu Parlimen & sekarang rakyat menunggu sasaran Anwar ke Putrajaya plak (3P's).

Di Malaysia jika berlaku perubahan kerajaan, rakyat kebanyakannya akan terkejut beruk. Tidak seperti di sesetangah negara lain khususnya negara maju seperti Amerika. Australia, Britain & Jerman. Kerajaan datang & pergi bergantung kepada penerimaan & kepuassan hati rakyat. Jika rakyat tak suka, u can go out. Di Malaysia, mungkin pelik sikit sebab selama lebih 50 tahun BN memerintah, rakyat disogokkan ngan bidaah yg menyatakan hanya BN je boleh memerintah. Namun perubahan persepsi itu mula bermula apabila orang melihat kelangsungan pemerintahan Kerajaan Pas sejak 1990. Akhirnya dalam PRU ke-12 lalu sebahagian dari rakyat di beberapa buah negeri mengambil keputusan menukar kerajaan yg ada. Sebahagian rakyat akan sekali lagi terkejut beruk jika apa yg Anwar Ibrahim rancangkan menjadi kenyataan.

Kita tinggalkan dulu kisah perubahan kuasa. Esok jika tiada aral melintang, kerajaan sedia ada akan mengumumkan perbentangan Belanjawan 2009. Semua rakyat tertunggu apakah faedah yg boleh kita dapat dalam situasi begini? Apapun kita tunggu selepas jumaat esok.

Ahad ni plak kita akan mengambut Kemerdekaan ke-51. Namun atas sebab/masalah yg berlaku kita jangkakan ulangtahun kemerdekaan tahun pasti kurang kemeriahan. Kebetulan, merdeka tahun ni begitu hampir ngan bulan puasa.

Apapun bersedialah ngan sebarang kemungkinan & jadilah rakyat yg prihatin.

* Ape harapan anda dari pembentangan Bajet esok? Nak bonus? Cukai turun? Duti rokok naik?

12 comments:

kakpiah said...

* Ape harapan anda dari pembentangan Bajet esok? Nak bonus? Cukai turun? Duti rokok naik?

sumer yg diatas.. :D

Anonymous said...

Senang je ko jawap ye..Kpiah. Kalau ko jd menteri, apelah yg kami leh dpt ye?

kuIna said...

sy pun dok tgh buat bajet nie... bajet posa, bajet baju & kuih raya..

slamat berposa ya..

Mak Su said...

semua naik ler.... :(

cheryna zamrinor said...

tak sabo nak tgk sarkas:D

Neeza Shahril said...

akak balik raya ni naik kapalterbang... mahal kan!! kalau ada ketapi, lama dah akak naik ketapi.. uuwwwwaaaaa!!!!!!
kesian kami.. duduk negara sendiri susah nak simpand duit.. terpaksa merempat kat tempat oranggggg

balik ni nak isi minyak.. mahalnye laaaa.. kat sini 47 sen.. kat sana.. mak oiii!!! mahalnya laaaaa..

.::WaNiE::. said...

1 - nak minyak turun lagi..nak balik jauh ni ..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

2- harga beras turun lagi..nyampah i tau dulu 20ringgit bleh beli 10kg tau..huh

ita.itu said...

hi KM..windu kat ko..kah.kah.kah..sy mau budget 2009 sume shopping mall tiap2 bulan ada sale..boleh x..haha

kuchalana said...

bro.. citer cam 2 gak.. smua gula2 manis untuk smua..

yg kesian rakyat marhaen yg trus kene buat budget hari2... bukan stahun skali.. hu2

Anonymous said...

Kuina- buat jgn tak buat hehehe..kalau ada lebih kuina buatla baju raya kt KM sekali koh2..

Maksu- kalau semua naik...KM pun naik jugak..naik minyak.

Cheryna- sarkas? Dulu masa KM bebudak, time raya kami tgk sarkas ja kt tv. Tak kira raya posa, raya haji, krismas, deepavali semua ada sarkas.

K.Neeza -apa kata akak naik kapal air balik M'sia, bleh? hehehe tp kena start belayar dr sekarangla hehehe...jimat..jimat.

Wanie- minyak mungkin kena tunggu pas raya plak le. Beras plak akan turun harga bila semua rakyat malaysia dah tak makan nasik lagi hehehe....

Ita- windu? keh..keh..cam nak terkuar je usus KM.Kalau nak tiap2 bulan semua shopping complex ada sale, ko kena nikah ngan tokei la.

Kuchalana- takde pa pon menarik dlm budget kali ni, bro....

.::WaNiE::. said...

mana bleh xmakan nasi

makan nasi ari2 tak boring

bayangkan makan kentang ari2..

adoii wekk wekk

Anonymous said...

wanie- perkara yg sukar kalau dipraktik & diasuh, lama2 akan menjadi kebiasaan. Tak caya try belajar makan roti hari2...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin