Monday, August 25, 2008

Permatang Pauh Nan Permai Part II

Kempen piliharaya kecil Permatang Pauh P44 tinggal lebih kurang 12 jam sahaja lagi. Esok pengundi di kawasan tersebut akan membuat keputusan sama ada membenarkan Anwar Ibrahim terus mengorak langkah ke Putrajaya atau menerima semula BN yg hampir2 dipinggirkan dalam PRU ke-12 yang lalu.

Salah satu perkara menarik yg KM ingin berkongsi ialah Kerajaan Pulau Pinang mengistiharkan esok, 26 Ogos 2008 (hari pengundian) sebagai cuti umum bagi seluruh Pulau Pinang. Selalu sesetengah kerajaan negeri bagi cuti sebab menang bola, pertabalan sultan dsb. Namun, KM Pulau Pinang declare cuti sebab nak bagi peluang kepada pengundi benar-benar dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

Ada logiknya diumumkan cuti pada hari tersebut kerana walaupun satu kawasan pilihanraya kecil saja tapi impak & keputusannya adalah penting bagi masa depan politik & pemerintahan negara ini. Mengundi di hari kerja memang menyulitkan bagi kebanyakan orang terutama dari aspek peruntukan masa, jarak tempat bekerja serta kebenaran majikan. Walaupun terdapat peruntukan undang2 yg membenarkan pekerja keluar mengundi tapi kebiasaannya ada di kalangan majikan tidak mahu mematuhinya.

Tindakan pengundi bekerja yg datang lewat mengundi atau tidak datang langsung membuka ruang2 penipuan khusus di pihak yg terdesak. Peluang ini mungkin akan diambil oleh golongan ini untuk menghantar 'pengundi duplicated' untuk kuar ngundi lebih awal. Kerana saya dimaklumkan bahawa sehingga entry ini ditulis, petugas2 agak keliru kerana telah mendapat 3 set daftar pengundi yg berbeza2. Mana satu nak pakai pun tak tau.

Maka KM menyifatkan pilihanraya P44 ini akan menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah. Salah guna media, serangan peribadi, sumpah bersumpah, sebaran fitnah yg berleluasa, rasuah terhadap pengundi & seribu satu macam tindakan telah berlaku di sana. Kelihatan ada satu pihak yg beriya2 & bertungkus lumus untuk mempertahankan kuasa mereka. Bimbang jika kuasa ini hilang maka berkemungkinan segala kebobrokan yg dilakukan selama ini akan pecah.
Minyak pun dah diturunkan walaupun nisbah yg kecil tp tetap dilakukan demi kepentingan politik. Imam Ramlang Porigi juga dah mendedahkan tindakan dia berada behampiran Saiful ketika budak tu bersumpah.

Mungkin akan ada lagi kejutan last minute. Tungggu...................Kepada SPR, KM nak tanya kenapa tidak dibuat pengundian pada hujung minggu? Sama ada sengaja pilih tarikh tu atau ada muslihat tersebunyi. hanya Johari sahaja yang mengenal Maniam, kan..kan (betul ke perpatah ni?)

12 comments:

Anonymous said...

besok saya nak pi permatang pauh. jadi pemerhati. kuikuikui..

Anonymous said...

KM xde di Penang esok. Outstation, cuti terlepas, pilihanraya pun terlepas huhuhu...nasib baik KM bukan pengundi situ. Kalau tidak lagik rugi

Laxmana said...

Salam...

My latest post :-

1. Tsunami Ekonomi ; inflasi pada ukuran 8.5 d skala richter!

2. Hijab Sang Pencinta

3. Hari2 Sumpah! Sumpah2 Hari2! Apa Nak Jadi?

4. Media Arus Perdana vs Media Arus Alternatif

p/s : baca, jgn x baca! hehee ;)

ita.itu said...

jom kita kesana..hehe

Akak said...

Salam KM...

Hurmm mesti pusat2 mengundi meriah macam pesta PP...

Neeza Shahril said...

sudah pastinya, akak akan on blog n02umno utk mengikuti berita terkini.. surat khabar meloya tidak menjadi pilihan lagiiii.. ;)

kuchalana said...

besok atau malam ini amat pasti akan ada...

1. kereta2 dirosakkan diatas jambatan pulau pinang atau dijalan2 utama ke pusat pengundian.
2. road block sepanjang highway ke permatang pauh.. (dah jadi pon dari smlm)
3. gangguan gangster dibeberapa tempat untuk menakut2kan org kampung..
4. Sampul surat "berisi" akan diedarkan mulai mlm ni hingga besok didepan pusat mengundi
5. Bas yang membawa pengundi yg berhantu akan mula masuk malam ini.

biasa la ni smua tactic jahat manusia yg giler.. smoga ALLAH memberikan kesedaran kepada mereka2 yang lalai..

ole..

Kakmim said...

politik malaysia semakin kotor

oopss.......

:: Wiween :: said...

whoaaa bile masuk tang politik nih yg sy x brani mau komen ni KM.egege ;p

Anonymous said...

Laxmana- KM tgh baca ni walaupun di perantauan skrg.

Ita- ko nak mai buat pe? nak perabih boraih ke?

Akak- Lebih dari pesta, cam fun fair pun ade hehehe...

K.Neeza- mengikuti blog dr kejauhan jadila dari dekat tp tak peduli...

Kuchalana- manusia merancang bro, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah lebih tepat. Hopefully apa yg kita hrp akan menjd kenyataan.

Mira- politik kotor susah nak cuci, kain baju yg kotor dh basuh ke? Awk tu dh nak jd wife org hehehe...

Ween- pelan2 ikut lama2 tahula mana buruk mana yg baik tp panduan kena betul, sure nampak punya kenyataan dpn mata.

.::WaNiE::. said...

hihihi kali ni impian beruk makye utk kuburkan anwar..kite tengok jelah sapa yg terkubur

boleh jelah pepatah tu..saya pun pelik gak apsal la mengundi ari selasa..padahal pr-12 tu buat ari sabtu pun bos saya tak kasi, kene tunggu pas keje ni kan pulak lagi ari biasa..

Nasib saya berada di bawah pemerintahan PR.hihi

Anonymous said...

wanie- awal mengomen di blog saya hehehe...anyway betul apa yg wanie kata. Penguatkuasaan undang2 di M'sia lemah. Ramai majikan langsung tak takut sbb xpenah rasanya majikan yg kena tindakan wpun xbagi pekerja ngundi. Negara ni, kerajaannya jaga tokei dari jaga rakyat. HIDUP RAKYAT yg cerdik cam anda hehehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin