Selain jambatan P.P, kerap juga penganiaya2 ni menahan jerat di lebuhraya2. Bila anda kena maka bersiap2 la ngan duit dlm poket sbb cajnya selalu berganda dr di kedai. Kalau kedai caj Rm10-15, mereka mungkin caj anda anatara RM20-45 (terpulang pd nasib anda).Memandangkan dah takde choice atau nak tolak motor terlalu jauh maka suka tak suka, terpaksala. Bayar mahal takpe kalau servis bersesuaian. Ini tidak, bukan paku sengaja ditaburkan, time bagi servis pun nak tipu lagi. Tiub kecil yg tak sesuai ngan tayar, tiub tak berkualiti, pasang tak sempurna. Pendek kata, kalau pancit sebelah pagi, sebelah petang mungkin pancit lagi.
Pada KM, mencari rezeki ngan menolong orang ni sangat bagus. Tapi jangan melihat ni kesempatan nak menganiaya & menipu orang. Kita bimbang cara yg haram akan memberi pendapatan yg haram. Bayangkan duit tu plak nak menyara hidup keluarga kita. Pastu kita bising bila anak2 tak nak dengar cakap mak bapak, jadi liar & mcm2 lagi sedangkan puncanya dari kita sendiri.
Ingatlah, rezeki @ punca pendapatan haram jika dimakan akan menjadi darah daging kita. Darah daging dr hasil yg haram balasannya akan menjadi bakaran api neraka (nau'zubillah). Nabi s.a.w juga penah menyatakan bahawa mereka yg makan atau pakai dari sumber yg haram, Allah tidak akan memakbulkan doanya.
* Mulai esok, KM mungkin tidak akan bersiar selama beberapa hari atas sebab2 tertentu. Kepada yg berkesempatan @ mempunyai sedara yg bergraduate, KM jemput anda ke Pesta Konvokesyen USM ke-38 yg bermula arini hingga 17 ogos 2008. Tahniah pd semua siswazah yg akan bergradute sesi ni, tak kira anda di universiti mana....
14 comments:
Salam KM...
Kalau sampai menabur paku kat atas jalanraya tu bukan menolong dah nama tu...
Ada juga org yg cari rezeki dengan cara yg mcm nie yea..
Selamat bergraduasi kepada semua siswazah...
mmg byk kes camni.. kat KL almost smua lebuhraya ada.. aku pernah kene skali kat federal highway.. aku sanggup tolak moto tu dari suh antu2 ni buat keje.. xberbaloi.. biar barai rim moto aku xpa dari suh depa buat..
UKM dah nak abis dah convo.. USM baru start ekk...
akak - ya ramai org sekrg mencari makan ngan menindas org lain.Bangun2 pagi dah fikir, sapala aku nak kenakan arini?
Bro - Memang padan muka diorg kalau semua yg pancit buat cmni. Tp kdg2 terpaksa sbb nak kejar masa. Kepada yg Islam tu moga Allah buka pintu hati mereka..insyallah.
USM baru nak start konvo arini....
ciss..jauh benor la USM tu dari pekan Seremban..hehehe
mst KM gi konvo tuh... hehehe
Nor- Kalau jauh xpakse dtg hehehe...Lagipun semua konvo Ipta hampir sama je..
Mira- KM tak trima scroll tp KM kena bertugas sampai Ahad..adoila
ye lah.. selalu dengar kes gitu. baru2 ni ada sorang blogger ni pun kena tapi kat Puchong. dan kerap sangat kena. kenapa ye diorang ni? jahat tak bertempat. esok2 terbakar workshop tu baru puas hati sebab rezeki tak halal..
Terbakar workshop? Cekebang boom! hehehe...Jgn bimbang sebab setiap perbuatan akan dihisap (dihitung bukan cam bebudak tu hehehe)!
mula2 pelik sblh sini 3-4 motor bertolak.. jln dpn sikit sblh sana 5-8 motor berhenti .... jaln dpn sikit sebuah lori 1 tan sdg punggah motor ... rupanya ada hamba Allah tak menilai masa seseorang... nasib masih menyebelahi kami... mudahan sentiasa dipermudahkan Allah. Assalamualaikum KM.......
wsalam, cmnilah cara hidup manusia sekrg ni....
betul KM..aku setuju ngan pendpat ko..tp kalo menipu bab lain boleh x..kah.kah.kah
baba ape yg kita nak menipu tu? cuba habaq mai...
huhu...bese dah kes2 gini...
kadang kite pasan kat tepi2 jalan tu siap dah provide no phone lagi..kalo moto pancit bole kol..
huhu...
bergembira atas kepayahan orang lain...- tak patut..
huhu...bese dah kes2 gini...
kadang kite pasan kat tepi2 jalan tu siap dah provide no phone lagi..kalo moto pancit bole kol..
huhu...
bergembira atas kepayahan orang lain...- tak patut..
Post a Comment