Thursday, August 21, 2008

Masjidil Aqsa dibakar.....

Sebahagian Masjidil Al-Aqsa yang dibakar pada 21 Ogos 1969

Sebahagian kekejaman Zionist di Palestin


Antara penderitaan saudara kita di Palestin

Hari ini, 21 Ogos genaplah 39 tahun, Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam dibakar. Pada tahun 1969, seorang pelampau Yahudi biadap berketurunan Australia bernama Micheal Rohan yg menjadi kepercayaan Zionist telah bertindak nekad membakar masjid suci yg menjadi tempat Baginda s.a.w melakukan Mikraj di sini Allah.

Perbuatan biadap Yahudi itu telah merosakkan hampir 1,500 meter persegi bahagian sayap Selatan masjid itu & memusnahkan binaan yg dibuat oleh Pembebas Kota Suci Baitul Maqdis iaitu Salahuddin Al-Ayubbi. Regim Zionist yg merestui tindakan biadap itu melepaskan lelaki itu begitu sahaja tanpa tindakan yg sepatutnya. Tahun ini juga, umat Islam memperingati Nakba' ke-60 iaitu bersempena pencerobohan Zionist ke atas Palestin pada 1948.

Sebagai manusia yg mengaku orang Islam, kita masih bertanggungan secara kolektif di atas cengkaman Zionist terhadap kota Suci umat ke-3 itu selepas Makkah & Madinah. Mungkin ketika ini dari segi kekuatan fizikal, umat Islam masih lemah. Namun, sebagai orang Islam yg bertanggungjawab maka menjadi kewajiban ke atas kita untuk terus berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada umat Islam agar suatu hari akan ada kekuatan untuk membebaskan tanah suci umat Islam itu dari cengkaman & kezaliman Yahudi, Insyaallah.

* Selemah2 iman orang Islam, sekurang-kurangnya dia masih merasa benci/meluat/geram ngan kekejaman/kebiadapan bangsa Yahudi yang menguasai bumi umat Islam.

12 comments:

ita.itu said...

sempat ek bdk tuh korek idung..hehe..sian ngk penderitaan drg kan..kita kat sini asik shopping jek..hehe

Anonymous said...

KITA tu ditujukan kpd sapa? Diri sendiri ekk? kalau diri sendiri takpe

Anonymous said...

menanar jiwa ni melihat pelbagai kezaliman dan kekejaman yg dibuat oleh pihak zionist dan yahudi!

Neeza Shahril said...

dah tertulis akan kejahatan yahudi dalam Al-Quran tapi masih ada yang kompromi dengan diorang ni. Tak faham sungguh laaa..

ladylikeme said...

salam kunjung dan ziarah....

insaf bila baca n3 nie..........

Laxmana said...

entri ini suatu "refreshment" yang baik buat semua...

ita.itu said...

eh betul ke ko ckp yg psl gmbr kawin kat blog aku tuh..takut lak aku

Anonymous said...

Aidura-kalau rasa begitu alhamdulilahla, sekurang2 kita masih ada keprihatinan & sensitiviti terhdp saudara kita.

K.neeza- memang ada dlm Quran tp berada ramai yg beriman serta patuh pd perintah di dlmnya? Kalau takat buat tilawah setiap tahun sure Yahudi gelak punya sbb di kalangan mereka bkn takat baca, hafal & tafsir Quran pun mereka terer.

Ladylikeme- moga kita trus ingat mengingati pd kebenaran & ngan kesabaran.

Laxmana- sbhg t/jawab bro.

Ita- hehehe...sabo2, KM bergurau je. Insyaallah KM doakan family anda sejahtera sampai akhirat.(Takut beno ye pompuan bila sebut suami nak cari lain hehehe..)

cheryna zamrinor said...

so, sape2 nak bagi name anak michael tuh pk la sendiri...mmg la nampak jek glamer kan tp name pembakar masjid:(

thanx KM...gud topic:D

Anonymous said...

Apa yg baik, kita kongsi bersama. Yang buruk kita nasihat2kan supaya org tak buat...bleh Cheryna

kuchalana said...

aku xleh la tgk gambo2 atau dgr citer palestin ni.. nak kuar air mata beb..

Anonymous said...

Bukan ramai yg leh berperasaan cam ko bro. Ramai lagi antara kita yg langsung tak ambik pusing pasai hal ehwal saudara Islam kita. Yg penting pd mereka, aku leh makan, org lain aku peduli hapa...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin