Semalam
27 Rejab, orang Islam meraikan peristiwa besar dalam sirah Rasullulah s.a.w & Islam iaitu
Israk Mikraj. Terdpt byk kekhilafan ulama berhubung tarikh sebenar peristiwa ni. Ada yg berpendapat berlaku di bulan Rejab, ada yg kata bulan Syaaban dsbnya. Bagi umat Islam di Msia, kita berpegang pd pendpat
Imam Al-Nawawi & beberapa ulama lain yg menyatakan peristiwa ni berlaku pd 27 Rejab tahun ke-5 sblm Hijrah. Namun, tarikh sebenar peristiwa ni hanya Allah yg tahu.
Peristiwa besar ini bukan sahaja diriwayat oleh hadis tetapi lebih shahih kerana telah diceritakan dlm Quran melalui surah
Al-Israk & juga terdpt dlm surah
Al-Najmi. Peristiwa ini lebih kepada Allah menguji keimanan manusia khususnya para sahabat yg ketika itu baru saja beriman dgn Rasullulah s.a.w.
Peristiwa ini berlaku hanya dalam satu mlm. Ada pendapat menyatakan ia berlaku dlm tempoh kurang 1 jam. Perjalanan Israk Baginda s.a.w bermula dr
Masjidil Haram ke
Masjidil Aqsa di
Baitul Maqdis. Di sepanjang perjalanan tu, baginda s.a.w dikatakan singgah
Madyan (tmpt asal Nabi Ibrahim a.s),
Turr sina (tmpt Nabi Musa a.s menerima wahyu) &
Baitul Lahem (tmpt lahir Nabi Isa a.s) utk solat sunat.
Perjalanan Baginda s.a.w dikatakan dengan kenderaan yg dinamakan
'Buruq', diriwayatkan seekor binatang yg lebih kecil dr kuda & lebih besar dr baqhal. Pergerakan binatang ini dikatakan selaju cahaya. Baginda juga ditemani oleh malaikat
Jibrail & Mikail.
Daripada Masjidil Aqsa, baginda s.a.w dihidangkan dua minuman iaitu arak & susu (waktu tu arak blum diharamkan lagi & baginda telah memilih susu. Sesungguhnya susu ini adalah fitrah manusia. Baginda s.a.w telah diangkat naik ke langit sehingga ke Sidratul Muttahha untuk melihat Arash Allah. Sepanjang perjlnan ni, baginda s.a.w diperlihatkan ngan realiti pelbagai peristiwa yg akan berlaku pd manusia khususnya umat baginda.
Dlm peristiwa ini juga baginda s.a.w menerima perintah mengerjakan solat. Asalnya 50 waktu tetapi baginda naik bertemu Allah sebyk 9 kali atas nasihat Nabi Musa a.s memohon pengurangan sehingga 5 waktu. Banyak lagi peristiwa & kejadian yg berlaku semasa Israk Mikraj dan memngambil masa yg lama kalau hendak diceritakan.
Cuma yg paling penting di sini ialah Islam itu unik & mencangkumi hal dunia hingga akhirat. Dalam Islam juga ada perkara yg tak terjangkau oleh akal fikiran. So, terimalah Islam keseluruhannnya. Jgn hanya terima perkara2 yg kita rasa sesuai ngan akal & nafsu kita ja. Kelak kita akan dihumban ke neraka Allah.