Monday, July 14, 2008

Ayah & Ibu.........

Bila ari Isnin, kita rasa malas nak dtg keja, malas nak keja, bagaikan kehilangan rentak utk memulakan semula. Takda pa pun yg menarik aku kutip sepanjang weekend ni kecuali bingkisan hidup manusia yg aku ingin kongsi.

Sabtu lepas, rancangan pagi asal utk makan nasik lemak ngan mem & Budak Kacak akhirnya bertukar. Kami menuju ke Taiping menziarah seorg nenek yg sakit. Baru beberapa ari dia sakit. Dengan usia mencecah 84 tahun, keadaannya begitu uzur sekali walaupun sebelum tu dia masih sihat. Kelihatan dia mula menuturkan kata2 yg mungkin dia sendiri sudah tidak sedar. Dia sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.

Dalam keadaan yg demikian, jika keadaan ini berterusan maka suka atau tidak, anak2 perlulah menjaganya. Bercakap bab menjaga ibu ayah yg tua, sakit & tidak boleh mengurus diri sendiri, kencing berak sudah xleh dikawal, memang agak menyedihkan. Pelbagai alasan akan kuar dr mulut si anak bila tiba keadaan ini. Sibuk kejala, umah sempitla, nak urus anak2 sekolahla, nak jaga cucu baru lahirla, menantu xsukala & seribu macam lagi diberikan.

Tujuannya cuma 1, tak bersedia @ tak rela @ tak mahu menjaga ibu ayah yg tua & sakit. Di sini, Allah mahu menguji anda. Selama ni jika anda selalu berkata anda syg ibu ayah anda, tiba dalam keadaan ni, anda bagaimana? Anda boleh mengotakan kata & membalas segala pengorbanan ayah bonda selama membesarkan kita atau kita juga anak yg munafik, lain di mulut lain di hati.

Aku terdetik kata ayahanda aku. Katanya, kita ni umat akhir zaman ni, kebykannya sembahyang pun xkuat, puasa pun xkuat, begitu juga ibadat2 lain. Allah memberi kita peluang2 tertentu utk menampung kekurangan tu. Antaranya ialah berbakti kepada 2 ibu bapa. Tambahan jika ibu bapa dah dalam keadaan yg begitu kritikal. Berbaktilah sebaik mungkin sebelum kita tidak dapat melihat mereka lagi.

Aku suka nak dengar lagu " Ayah & Ibu" nyanyian Allahyarham Sudirman...

Ayah dan ibu........
Itulah permulaan kami....
Dapatlah melihat bulan dan Matahari....

6 comments:

Anonymous said...

harap² tak jadi pada kitalah satu masa nanti...

Anonymous said...

Selalula kita berdoa dijadikan Allah, anak yg soleh yg selalu berdoa & berbakti pd 2 ibu bapak kita

Akak said...

Salam KM..

Mudah2an tak mengalami perkara yg macm nie..minta dijauhkan.

Nanti singgah blog akak yea, amik award (hehe ala2 academy award gitu)

cheryna zamrinor said...

ade org merasekan remeh utk menjage mak ayah..
maklumlah mak ayah byk karenah...
dah la perlu dijage, perlu plak kena dgr bebelannye...
dr mendengar, perlu dijauhkan diri dari mak dan ayah...
lapang hati agaknye.
tp bile takde restu mak ayah, lapang jugak ke ati mereka?
:D

gud posting, bro:D

Anonymous said...

betulla apan yg cheryna ulaskan tu...Tanpa mereka, siapala kita...

Neeza Shahril said...

memang lah tak dinafikan agak leceh menjaga orang tua yang dah uzur.. dengan berbagai kerenah.. tapi, kalau kita fikirkan balik, masa kita kecik dulu, lagi macam2 kerenah kita buat.. kencing berak merata, nak itu ini.. ibu ayah turutkan aje.. itu kalau kita terfikir la.. kalau tidak, mungkin kita juga akan bagi seribu 1 macam alasan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin