Monday, July 28, 2008

Isnin yang tak sempat nak mem'blues'

Inila Inul Daratista yg terkenal ngan Goyang Gerudi tu. Kasi goyang pak keh2...

Ari yg sibuk hingga tak sempat post entry sebelah pagi. Anyway aku ulaskan beberapa hal semasa yg berlaku sejak minggu lalu dan mungkin masih panas hingga kini. Antaranya:

* Pembatalan konsert Ratu Dangdut Indonesia, Inul Daratista di Bukit Jambul selepas konsert yang asal dijadual di Johor Bahru dibatalkan. Aku fikir langkah pihak berkuasa tempatan membatalkannya sgt bertepatan kerana program hiburan yg ada di Malaysia ni dah cukup byk sama ada di melalui konsert2 terbuka atau di kaca tv & kesannya cukup melalaikan masyarakat arini. Di Indonesia pun, Goyang Gerudi telah diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) kerana disifatkan sebagai cenderung kepada porno aksi. Syabas kepada pihak2 yg menyatakan bantahan terbuka terhadap program ni.

* Harga minyak dunia dikatakan mengalami kestabilan beberapa minggu ni. Ketika entry ni ditulis, harga minyak berada di paras USD$ 123. Kerajaan ketika menaikkan harga minyak aritu telah berjanji akan menyemak harga dari sebulan ke sebulan. Maknanya kalau turun, harga turun. Tp sekarang, menteri yang berkaitan menyatakan kerajaan hanya akan mengkaji harga minyak pada tahun depan. So, andala komenkan....

* Selain tu, penyakit kaki, tangan & mulut telah dilaporkan menyerang Semenanjung. Sebelum ni, penyakit bawaan Coksakie Virus ni dilaporkan telah menyerang hanya di Borneo. Tetapi sekarang, wabak yang sering menyerang kanak2 ni telah dilaporkan menyerang beberapa tempat di KL & Negeri Sembilan. Namun berita tentang penyakit ni tidak begitu mendapat tempat di media massa. Aku tak pasti apa sebab apa tidak dibesarkan sedang penyakit ni mudah berjangkit & berbahaya.

* Kontroversi pembelian Mercedes E200 & kos penyelenggaraan kereta Perdana yang tinggi oleh kerajaan Terengganu terdahulu juga masih hangat. Dalam akhbar TheStar kelmarin dipaparkan Mercedes E200 itu masih digunakan oleh ahli EXCO Terengganu walaupun diarahkan PM supaya digunakan utk kegunaan tetamu kerajaan negeri sahaja. Dato Ahmad Said mungkin berani melawan bos besar dia sbb sebelum ni dia dilantik dengan perkenan Istana Terengganu bukannya Paklah. Tindakan beliau meminta BPR menyiasat ketelusan acara Monson Cup & projek replika masjid tu dialu-alukan supaya duit rakyat digunakan dgn sepatutnya.

* Perkara lain yg masih hot ialah perbincangan antara PAS dan UMNO. Apa cerita sebenar dan kesudahannya mungkin dapat dilihat tak lama lagi. Bila ada info bersesuaian, aku akan ulaskan. Till then, bye-bye......

2 comments:

Kakmim said...

Coxsaki yg pernah melanda sarawak dulu majoriti menyerang anak2 kaum ca ya nun alif... rasanya sebab ba alif ba ya tu la penyakit nih

Neeza Shahril said...

pasal minyak tu... cakap tak serupa bikin. dia ingat minyak dunia takkan turun. tu yang janji karut2. sekarang ni, nape tak revise? memang tak boleh memimpin diorang ni...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin