Wednesday, July 23, 2008

Wasiat

Arini ni aku nak kongsi pasai WASIAT. Bukan nak kongsi wasiat aku tp betapa pentingnya wasiat. Memandang setiap orang tidak mengetahui ajalnya bila akan sampai maka penting bagi seseorang menulis wasiat atau memberitahu wasiatnya ketika masih hidup supaya tidak berlaku kerugian selepas mati.

Wasiat ni sebenarnya untuk memastikan sebahagian harta (tidak lebih 1/3 jumlah keseluruhan) boleh disumbangkan kepada pihak lain selain waris untuk manfaat berterusan selepas mati. Manfaat berterusan penting supaya kita tak jadi insan yang pokai di akhirat nanti. Antara contoh yg bleh kita manfaat harta yg diwasiatkan ialah sumbangan kepada wakaf masjid, surau, rumah anak2 yatim, sekolah & seumpamanya yg memberi manfaat umum & berterusan.

Mengapa perlu wasiat ni?
Sekiranya tiada wasiat ditinggalkan, keseluruhan harta yg ditinggalkan akan difaraidkan sepenuhnya (dibahagi mengikut hukum syarak) kepada waris2 yg hidup. Kebimbangan sekarang ialah adakah waris yang mendapatkan bahagian ini boleh menyumbang sebahagian untuk manfaat berterusan kepada si mati ni? Tapi selalunya manusia kelabu mata ngan wang ringgit ni, tambahan org yg mati dah takda depan mata.

Alangkah ruginya kalau kita yg berpuluh tahun bekerja membanting tulang mencari harta & duit ringgit di dunia tetapi harta tu sedikit pun tak memberi manfaat untuk kita secara langsung di akhirat kerana kita alpa untuk meninggalkan wasiat.

Amalan berwasiat dalam masyarakat Islam sekrg mungkin akan menimbulkan keganjilan khususnya generasi muda arini. Bila org berwasiat, kita cenderung membuat berpandangan pelik atau berandaian bahawa beliau dah nak mati atau buang tabiat. Sepatutnya ia menjadi kebiasaan kerana orang Islam yang beriman ngan adanya Hari Pembalasan. Ingat bahawa apabila meninggal seseorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:

* anak soleh yg mendoakan kedua ibu bapa
* ilmu yg ditinggalkan dan bermanfaat pd orang lain.
* serta sedekah jariah daripada hartanya.

semoga yg baik bermanfaat pada kita semua....

7 comments:

adam06 said...

terima kasih krn ke blog sy www.rosyanti.blogspot.com ...sy rs mmg sy patut letak shout box ..betul juga senang nak berinkteraksi

saya rasa blog saudara pun penuh informasi dan berguna..saudara cerita ttg hal semasa..best juga baca ttg pendapat semasa..ermm kalau ada apa2 projek khidmat masyarakat yang nak paparkan di blog, saya sudi bagi kerja sama...

anyway thanks for the comment (please comment lagi atau ,mungkin bagi idea lagi bernas..blog sy masih baru saya perlu comment) ..and keep in touch

yanti,
www.rosyanti.blogspot.com

kuIna said...

eehhh tulis nama saya sama yer... nanti sy kasi ic no.. tp yg kelas2 aje la, yg ada nilai.. leh taruk kat pajak gadai..

Neeza Shahril said...

saya pun baru sangat tau orang Islam pun boleh buat wasiat tapi amountnya tak semua.. ooo tak lebih dari 1/3 ya.. ini termasuk duit KWSP, dui2 bank lah kan.. rumah dan tanah pulak camana? heheh.. macam la banyak sangat rumah dan tanah..

adam06 said...

KM,

Ya, exchange link idea yg bagus..ok sy pun letak link ke blog KM di blog saya. tq. keep in touch K


regards,
yanti
www.blogspot.com

cheryna zamrinor said...

aku sokong amalan berwasiat nieh...
eloklah supaye takde amalan tamak haloba dan buat2 keliru:D

Anonymous said...

Kuina....setakat ni saya takde harta nak wasiat kat kuina tp nak wasiat hutang blehla hehehe...

Neeza...kalau rasa byk sgt harta tu takpe, saya ada. Kecik tapak tangan, lori kassim baba saya tadahkan...kui..kui

Yanti...thanks kembali.

Cheryna....musim baru dah nak bermula hehehe...tungguuuuu

kuchalana said...

wasiat.. satu topik mudah yg dipandang ringan oleh masyarakat.. islam itu istimewa klu dihayati betol2.. tq singgah ke kuchalana..

ole..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin