Thursday, July 17, 2008

MalaysiaKu Part II

Malaysia, negaraku tercinta dewasa ini bukan sahaja berhadapan ngan masalah ekonomi yg nampak makin membimbangkan tp juga berdepan kestabilan politik yg nampak meruncing. Masalah ekonomi seperti kejatuhan bursa saham, keyakianan pelabur, peningkatan kadar pengangguran, kenaikan kadar inflasi & seumpamanya tampak makin serius.

Kestabilan politik Malaysia juga terumbang-ambing selepas Pilihanraya ke-12. Parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) tampak sukar menerima kekalahan mereka di 5 buah negeri serta Wilayah Persekutuan. Ura-ura Penasihat Parti Keadilan Nasional (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk mengambil alih kerajaan pusat pada September ini lebih menghangatkan keadaan.

Dari situ bermulalah perang saraf antara pelbagai pihak. Tuduh-menuduh, rumour2, dakwaan, pengakuan2 & seumpamanya mula menjalar dalam masyarakat negara ini. Bila semua ni timbul, aku memilih untuk bertanya anda beberapa perkara:

1) Adakah tuduhan liwat itu benar & boleh dibuktikan dengan adil?

2) Apakah wujud konspirasi peringkat tinggi untuk menjatuhkan seseorg yg tampak begitu yakin untuk memperolehi kuasa seperti yg dirancangkan?

3) Apakah peristiwa hitam 1998 akan berulang semula?

4) Bagaimana plak ngan tuduhan bersumpah terhadap orang lain? Adakah akan disiasat secara adil atau disapu di bawah karpet ja?

5) Apakah kerana KUASA manusia boleh menghalalkan seribu cara walau haram sekali pun?

6) Apakah plak nasib rakyat bawahan yg mana kita ibarat pelanduk di tengah gajah2 yg bergaduh?

7) Adakah kesulitan yg timbul di Malaysia seperti yg termaktub dalam Quran bahawa berlaku kerosakan di muka ini adalah angkara tangan-tangan manusia?

Rasanya banyak lagi persoalan akan timbul dan akan terus dibahaskan orang rakyat bawahan sama ada di rumah, pejabat, kedai kopi, di jalanan & sebagainya. Sebagai manusia yg bijak sana, jgnlah menjawab semua persoalan yg berlaku ngan kepala otak semata-mata. Gunakanlah panduan yg Allah & Rasul berikan....semoga kita semua selamat.

Berita terkini dr Malaysiakini melaporkan DSAI telah dibebaskan pagi ni dengan jaminan polis.

6 comments:

kuIna said...

kotor & jijik politik mesia, mreka menganggp rakyat buta, pekak, mreka terlupa zaman telah berubah.

Anonymous said...

Saya rasa pengetahuan sebahagian rakyat makin luas terutama ledakan ICT berbanding tahun 1998

Anonymous said...

ni nak jaga tokeh besau atau rakyat?

Neeza Shahril said...

yg berkuasa tamak dgn kekuasaannya. Betul dan salah dah pukul rata.. semuanya kerana tak berpandukan Al Quran dan Hadith.. dunia akhir zaman....

Anonymous said...

Yang mana betui, insyaallah kita jaga. Rakyat betui, kita jaga, pemimpin betui pun kita jaga.
Skrg belanja mahai, ramai sudah jd jaga hehehehe....

cheryna zamrinor said...

memahami soalan pon tak pandai...inikan pulak nak memahami manusia:D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin