Wednesday, July 2, 2008

Ingin jadi kaya?

Hehehe..tgk tajuk cam Skim Cepat Kaya. Sebenarnya bukan nak ajak korang join skim cepat kaya sebab aku tau semua tu cubaan nak mempercepatkan seseorang tu jadi kedana. Dalam kegawatan ekonomi ni, aku nak ajak korang join contest One Voice For Gold anjuran MILO. Grand prizenya cukup lumayan iaitu RM1,888,888, cukup untuk anda bergelar seorg Milionaire.

Cara nak join mudah ja, korang kena kepilkan bukti pembelian yg diberitahu & pastu hantar ngan borang penyertaan. Lagi byk penyertaan lg tinggi anda untuk jadi jutawan segera (namun tetap bergantung pada rezeki Allah juga). Memandangkan harga produk Milo pun makin mahai & ada sesetgh org xminum Milo, maka aku bg tips kt korang utk turut serta dalam contest ni.

Korang pi kat kedai or restoran yg ko selalu minum & mintala pek Milo yg diorang nak buang tu. Samping tu, korang ckpla kalau menang nanti nk hulur sikit persentage kt tokei tu, sure diorang kasi punya. Lebih besar pek yg korang ada lebih byk penyertaan yg bleh korang hantar.

Selain wang tunai terdapat juga hadiah2 jongkong emas utk dimenangi. So, berani try ke? Aku pun dah mula try ni hehehe.... dah lama rasanya aku stop join contest. Last aku menang Grand Prize waktu EURO 2000, pakej perjalanan ke Holland seminggu tajaan Dunhill. Mana tahu, tahun ni ada rezeki lagi hehehe......usaha tangga kejayaan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin