Friday, July 11, 2008

Bersumpah!!

Kebelakangan ni, orang byk bercakap tentang sumpah. Sumpah ngan Al-Quranla, sumpah ngan nama Allah, sumpah di masjidla dan seumpamanya. Aku melihat semua ni tidak lebih dari sikap manusia yg disebut dalam Quran, bahawa sampai satu masa manusia hanya mengunakan agama & Quran itu bila dirasakan boleh menguntungkan mereka. Mereka ambik sebahagian & tolak sebahagian, akhirnya Allah akan melaknat mereka.

Aku tak nak hurai lanjut ttg perkara di atas tp aku nak berkongsi ngan anda tentang sumpah lian'. Perkara ni rasanya penting utk pengetahuan bg yg dah berumahtangga or yg masih belum sebagai ilmu terutama menghadapi zaman yg mencabar ini.

MAKSUD: LIAN'

Bahasa : laknat
Istilah :
* sumpah suami yang disandarkan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tiduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab
* sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya

SEBAB BERLAKU LI'AN


* Suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya.
* Suami boleh disebat 80 kali sebatan jika gagal membawa saksi
* Untuk mengelakkan perkara tersebut suami hendaklah bersumpah li'an untuk membenarkan tuduhannya
* Isteri juga dikehendaki bersumpah li'an bagi menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku bersalah

PROSES BERLAKU LI'AN

*Suami menuduh isteri berzina atau menafikan keturunan anaknya tanpa saksi yang cukup
* Isteri menolak tuduhan suami dan menuntut dilaksanakan hukuman qazaf terhadap suaminya
* Hakim memerintahkan dilaksanakan proses lian:

- Suami bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali dengan tuduhan zina / menafikan keturunan anaknya
- Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta
- Isteri bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali menafikan tuduhan suaminya
- Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta

KESAN LI'AN TERHADAP SUAMI ISTERI

* Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an
* Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-lamanya
* Suami yang membuat tuduhan dilepaskan dari tuduhan qazaf
* Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah li'an
* Anak yang dinafikan dalam sumpah lian, ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
* Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya


HIKMAH DISYARIATKAN LI'AN

* Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah
* Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai
* Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina


* Laknat yg boleh diturunkan oleh Allah kepada orang yg bersumpah tp dusta, ulama memberi 2 bahagaian iaitu laknat di dunia dalam bentuk tidak mendapat keberkatan & ketenangan serta mungkin dilanda musibah dalam hidupnya & laknat di akhirat diperintahkan dia oleh Allah supaya mendatangkan saksi atas apa yg disumpahkan.

7 comments:

Neeza Shahril said...

betul kan.. sekarang orang dewasa dah jadi cam budak2.. main sumpah2.. gunakan Quran time tu saja.. bukan beramal dengan isi kandungan Al Quran tu sendiri..
apa lah nak jadi..

Anonymous said...

Skrg ni di M'sia dh bermula pertandingan tilawah quran. Quran dipertanding tp jauh sekali utk diamlkan. Sesungguhnya manusia selalu mahu mengundang bala Allah...

Akak said...

Salam KM...

terima kasih berkongsi ilmu, bagus sangat artikel bab sumpah nie...

Anonymous said...

terima kasih. berpesan2 pd kebaikan..berpesan2 dgn kesabaran

cheryna zamrinor said...

hmm...rase macam kembali ke zaman form 5 bile bace topik ko nieh KM...tapi takpe...aku akan ingat mende nieh...

mohad said...

salam... apa khabar sekarang..

Anonymous said...

jgn dia ckp sumpah jadi peti ais ke,kasut bola ke dahla

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin